Pages

Sunday, March 6, 2011

Susu ibu tetap terbaik..

Asslamualaikum,
Hari ni hari pertama kerja ..Ain cuti 5 hari!! :p
Dalam kepala masih berangan dengan kegembiraan waktu bercuti, tetiba, teringat kat cousin, Sh Haziqah & Syed Haddad..kehilangan anakanda tercinta..Innalillah. :((


Berkenaan dengan ini, cousin saya ni kuat semangat..dia tetap nak pakai pam, n pam susu dia!
Dia kata sayang, membazir...
Ain pon fikir, kalau la terjadi pada Ain, insyaAllah, ain akan cari anak susuan...
Kalau diizinkan suami la..


Dengan menyusui bayi pada satu jam pertama kehidupan, sampai usia 6 bulan menyelamatkan lebih dari satu juta bayi.Fakta  tema peringatan hari ASI sedunia, tahun lalu. Setiap minggu pertama Ogos dalam setahun, hari ASI sedunia , World Breastfeeding Week. Satu gerakan yang dipelopori oleh 120 negara sejak tahun 1990 dalam upaya menjawab tantangan masih tingginya angka kematian bayi baru lahir, terutama di negara sedang berkembang.
Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15.
 Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."


Ain? Afeef dah 2 tahun 3 bulan dah..Tapi masih menyusu (kerap malam, sbb siang Afeef dah pergi school!)
Pernah dengar ada orang kata bahawa menyusukan anak dengan susu ibu apabila si anak sudah melebihi usia dua tahun tidak elok? Ada yang kata, anak seperti menghisap darah ibu. Ada juga yang kata susu ibu sudah jadi racun untuk si anak. Dan bermacam-macam lagi alasan dan cerita-cerita buruk yang didengari tentang meneruskan penyusuan susu ibu bagi anak berusia lebih dua tahun.

Selain dari khasiat yang ada dan elok untuk si anak, ia juga memberi manfaat kepada si ibu dan bapa. Pusing-pusing pun, susu ibu masih menang. Kocek ibu bapa pun tak bocor dek kerana perlu membeli susu tepung yang pelbagai jenama.
Islam juga tidak menidakkan hak si anak yang masih mahu terus menyusu daripada si ibu walaupun Al-Quran terang-terang menyebut bahawa anak perlu disusukan sehingga usia dua tahun. Tidak ada nas dan dalil dalam Al-Quran yang menghalang ibu daripada meneruskan penyusuan anak yang melebihi usia dua tahun.
Islam agama fitrah. Jadi, mana mungkin Islam menghalang ibu menyusukan si anak yang sudah melebihi usia dua tahun ketika susu ibu masih ada? Seolah-olah satu penyeksaan batin dan emosi buat si anak yang dipaksa untuk tidak menyusu sedangkan ibu masih mampu meneruskan penyusuan (sebenarnya bukan si anak sahaja yang terseksa. Ibu juga begitu).
Jadi, sekiranya ada ibu-ibu di luar sana yang masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu walaupun anak sudah berusia lebih dua tahun, janganlah berputus asa. Bukan sahaja sains tidak menyangkal kebaikan susu ibu, bahkan juga agama dan juga psikologi anak-anak sentiasa menyokong anda!

No comments:

Post a Comment