Pages

Monday, March 14, 2011

Pengharaman botol susu bayi polikarbonat Bisphenol A

Ain sangat mengalu-alukan pengharaman penjualan botol susu polikarbonat dipasaran Malaysia adalah sesuatu usaha yang dipuji kerana ia telah dilakukan peringkat nasional. Kalau hendak mengharapkan kempen kesedaran memilih botol susu bebas Bisphenol A mungkin tidak berkesan atau mesej tidak tercapai, lihat sahaja kempen anti merokok masih gagal memberi kesedaran dengan cara menasihat dan penekanan kesan bahayanya akibat kesan merokok gagal memberi impak.

BPA telah dikenal pasti akan menyebabkan gangguan kepada sistem hormon terutama kepada bayi dan anak-anak yang mengunakan botol susu polikarbonat untuk jangka masa yang panjang. Pada suhu tinggi bahan kimia Bispenol A ini akan meresap kedalam cecair susu. Menurut kajian Universiti Malaysia telah menunjukkan peningkatan pemindahan BPAsebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius. Maklumlah kita akan merendam botol susu dengan air panas dan mengunakan air panas untuk membancuh susu, pada ketika itu BPA ini akan bercampur susu yang dibacuh.

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

PS: NO MORE BOTTLE FEEDING!!! SKRG DAH BYK DAH CARA NAK MEYUSUKAN BAYI...
KALAU YG BG FM (FORMULA MILK, + BPA BOTTLE, AGAK1 BERLIPAT GANDALA KESANNYE YE..)


2 comments: