Pages

Thursday, March 31, 2011

Membawa EBM Selepas Berpantang Di Kampung

Hahaha...gelak sbb tgk panjangnye tajuk tu...
Ni ada satu soalan dari kawan (^^,)
Camane nak handle nih?
OK..
Serious skit..
Pengepaman dan penyimpanan stok susu boleh mula dilakukan seawal minggu ke 2 selepas kelahiran.
Tapi ain galakkan untuk start dari bulan kedua kelahiran bayi. Latihan minum susu perahan (EBM) kepada bayi pula boleh dimulakan seawal bulan ke 2 dlm pantang. 
Guna cooler bag atau cooler box dengan ice pack secukupnya untuk perjalanan selama 8 jam. 

Membawa EBM sejuk lebih mudah berbanding membawa EBM beku kerana EBM beku harus kekal dalam keadaan beku selama perjalanan itu dan saya rasa ianya agak mustahil kerana sukar untuk mendapatkan susu sesejuk seperti bhg beku dalam peti sejuk.Maknanya EBM yg disimpan pada minggu terakhir di kampung. EBM beku (jika ada) digunakan sehingga habis semasa melatih bayi minum EBM.

Macamana nak kekalkan suhu?
Sediakan ice packs/icecube secukupnya. Simpan cooler bag atau cooler box itu dlm kereta (keadaan beraircond) dan bukannya di bhg menyimpan barang (kerana suhu bhg ini sangat panas). Ice packs boleh tahan sehingga 8 jam perjalanan. Kalau cuaca panas sangat, dan ice packs mencair, boleh top up dgn ais ketul yg boleh dibeli di kedai makan.Kalau boleh/perlu, balut bekas cooler tu ngan newspaper tebal2..


1 comment:

  1. I support all working mothers still breastfeed their baby and store EBM for daily consumption for their baby. Myself did it for 2 of my child 5 years ago and it's really an amazing feeling.

    Beautiful Di Luar, Beautiful Di Dalam...

    ReplyDelete