Pages

Wednesday, March 16, 2011

BAHAYA LAMPIN PAKAI BUANG (DISPOSABLE DIAPERS)

Selepas isu kandungan BPA dlm botol susu diharap lebih ramai yg sedar akan bahaya dioxin, sodium polyacrylate dan trybutil-tin (TBT) dlm lampin pakai buang.. apakah kena tunggu kerajaan umum bahaya baru kita nak bertindak??
ini bukan isu baru tetapi benda ni dah lama di luar negara. di malaysia, persatuan pengguna pulau pinang (CAP) pernah keluarkan isu ni.. tp kerajaan take no action (atau terlalu lama masa perlu diambil utk bertindak). tau2 jer la pihak kerajaan, byk pihak perlu dijaga. utk mengharamkan BPA dlm pembuatan botol susu pun kena ambil masa setahun???


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.

Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.





SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007)

4 comments:

  1. cloth diapers cuma relevant untuk ibu surirumah...kalau ibu bekerja macamana nak bercloth diapers.menyussahkan pengasuh pulak.

    Beautiful Di Luar, Beautiful Di Dalam...

    ReplyDelete
  2. sy ibu muda bekerja yg guna CD..lgsg takde msalah malah lebih m'jimatkan..latihan kerap menjadikan kita lebih cekap mengendalikannya,insyaallah

    ReplyDelete
  3. prinsip macm ni jer..
    NAK KE TAK?
    hEHE... orang kata, NAK SERIBU DAYA kan..?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas makluman ini.

    Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!

    ReplyDelete