Pages

Tuesday, January 11, 2011

2ND SGM: HALANGAN UNTUK MENYUSU






 DGN PENUH SEMANGAT...


BEKERJASAMA DENGAN HUDA MEMBERI YG TERBAIK..




AFEEF PON NAK TOLONG MAMA YE.. )


DEAR ALL,
SGM KALI KE-2 TELAH SELAMAT DIADAKAN DI KUALA IBAI, KUALA TERENGGANU PADA 19 FEBRUARI YANG LEPAS.
PROGRAM KALI INI DISERTAI 15 PESERTA TERMASUK DARI GOLONGAN BAPA DAN IBU.
DENGAN BERTEMAKAN WARNA MERAH, PESERTA BERKOBAR-KOBAR MENJAYAKAN TOPIK PERBINCANGAN BERKENAAN HALANGAN DALAM MENJAYAKAN PENYUSUAN.

DIBANTU OLEH 2 ORANG MBFPC, SAYA, AIN DAN HUDA, KAMI TELAH BERJAYA MENANGKIS HALANGAN-HALANGAN YANG TELAH DIUTARAKAN, DAN BERKOBAR-KOBAR UNTUK MELAKSANAKAN MISI PENYUSUAN IBU DENGAN AZAM YANG KUKUH.
HALANGAN-HALANGAN TELAH DIBINCANG DENGAN LEBIH TELITI:

1.HALANGAN LUARAN
2.HALANGAN DALAMAN
3.MITOS

SEGALA HALANGAN DICATAT DAN DIPERDEBATKAN.SETELAH BEBERAPA ISU DILONTARKAN, KAMI MEMUTUSKAN TERDAPAT 4 PERKARA YANG PENTING DALAM MENJAYAKAN MISI INI:

1. DETERMINATION/KEAZAMAN
2.SUPPORT/SOKONGAN
3.KNOWLEDGE/PENGETAHUAN
4.MANAGEMENT/PENGURUSAN

SELAIN DARIPADA ITU, KAMI JUGA TELAH BERBINCANG BERKENAAN DENGAN TIPS BAGI MENJAYAKAN PENYUSUAN BAGI WANITA BEKERJAYA.
KAMI BERKONGSI TIPS, DIMANA KEBANYAKAN YANG HADIR, ADALAH DARI GOLONGAN WANITA BERKERJAYA, TELAH BERKONGSI PENGALAMAN PAHIT MANIS DALAM MENGHARUNGI SEGALA HALANGAN DAN CUBAAN DALAM MENJAYAKAN PENYUSUAN IBU.

SAYA SANGAT BERBANGGA DENGAN SEMANGAT YANG DIBERIKAN PARA PESERTA, BESERTA DENGAN SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI DARI YANG TERSAYANG.

SETERUSNYA, DENGAN IZIN YANG MAHA ESA, SAYA MERANCANG UNTUK SGM KE-3, YANG KEMUNGKINAN BESAR AKAN DIADAKAN DI KUANTAN PADA BULAN AKAN DATANG.
INSYA-ALLAH...

Sunday, January 9, 2011

Baby Slings

Ermm..
Hari ni nak ckp pasal baby sling..sbb most mommies, especially yg bf, kebanyakannye akan ber"sling" :)
sbb ain skrg dah ada 2 supplier utk baby sling.. 1 -Mummyhugs 2-Klickagift
(blh tgk kat website yg akan di update nanti www.qasehbonda.com ..hehehe..)
Ok..nape ye ain ber-iya2 pasal baby sling ni?
1. sbb ramai yg komplain susah nak bf kat tgh2 org..
2. sbb ramai yg kate susah nak carry baby, better letak dlm stroller
3.trendy .. (yg ni ain suke..)
4...byk lagi..nanti ain listkan ye...

Ni antara list yg ain ada, nape kita mem-babywearing-kan diri kita..which I miss...sbb afeef dh x nak mem-babywearing-kan dirinye dah...

Keakraban baby-penggendong (mak dia la tu) sangat2 rapat..heart to heart..so baby akan jadi lebih calm...nak2 utk premature baby-which is sangat bagus...tapi nak kena tahu la camane pakaikan ye..
Boleh buat kerja sambil gendong babay-x perlu risau baby tgh watpe..boleh masak, jemur baju, jalan2, shopping...
BEST!!!


Monday, January 3, 2011

Penyusuan Susu Ibu: Mampukah Menyelesaikan Masalah Sosial?


X SANGGUP TGK MASA GOOGLE GAMBAR BABY NIE... :((

Setiap hari kita disajikan oleh berita berkenaan dengan masalah sosial yang melanda bukan sahaja di kalangan remaja, malah orang dewasa dan di kalangan mereka yang telah berumahtangga. Ini sesuatu yang menyedihkan dan semua pihak masih lagi tercari-cari jalan penyelesaian yang paling mujarab untuk menghentikan semua isu-isu ini.

Ada beberapa pihak pernah melontarkan kemungkinan punca masalah ini berlaku adalah kerana mereka yang terlibat disusukan dengan susu binatang atau susu lembu. Dek kerana itulah mereka berperangai seperti binatang yang tidak berakal untuk membezakan perkara yang baik atau buruk.

Mungkin juga.

Jadi adakah mereka yang disusukan dengan susu ibu dijamin tidak akan langsung terlibat dengan masalah sosial di kemudian hari?

Itu tidak pasti.

Yang pastinya penyusuan susu ibu boleh menerapkan nilai-nilai murni yang mampu mendokong pembentukan sahsiah yang baik.

??

Bagaimana ia boleh dicapai?

Penyusuan susu ibu bukan sekadar memberikan susu ibu kepada si anak. Ia lebih kepada jalinan hubungan antara si ibu dan si anak. Rembesan hormon oksitoksin ketika sesi penyusuan dapat mengalirkan perasaan tenang dan membantu melahirkan perasaan kasih dari ibu buat anaknya. Apabila perasaan sayang ini timbul, sudah pasti si ibu tidak akan membuang anaknya. Paling tidak dia pasti akan menye

rahkan anaknya kepada orang lain untuk dipelihara daripada membiarkan anak itu di tepi jalan atau di tempat pembuangan sampah.

Polisi penyusuan susu ibu di Malaysia adalah ibu-ibu digalakkan menyusukan anak dengan susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama dan penyusuan diteruskan dengan pemberian makanan tambahan selepas itu sehingga 2 tahun atau lebih. Sepanjang tempoh ini ibu dan anak mempunyai masa yang istimewa yang boleh digunakan untuk menerap dan mendidik anak dengan nilai-nilai murni. Hubungan antara ibu dan anak yang menyusu susu ibu akan menjadi lebih rapat. Ini memudahkan lagi untuk menanamkan rasa taat dan patuh arahan dari ibu.

Fitrahnya ibu mempunyai gerak hati yang kebanyakkannya

tepat terhadap anak terutama anak yang menyusu dengannya. Semakin lama anak itu menyusu dengan ibunya, semakin kuat gerak hati yang terjalin. Gerak hati ini dapat membantu mengesan gerak-geri anak yang mencurigakan.

Penyelamat bagi anak yang dibuang

Dilaporkan baru-baru ini dalam sebuah akhbar terbitan tempatan terdapat lebih 400 pasangan yang mendaftar untuk mendapatkan anak angkat di Baby Hatch Centre. Anak angkat boleh bertukar status menjadi seperti anak sendiri dengan penyusuan susu ibu. Ibu-ibu angkat boleh menyusukan anak-anak ini dengan kaedah cetusan laktasi (Induce Lactation) walaupun mereka tidak pernah mengandung. Penyusuan susu ibu dapat memberi peluang kepada ibu angkat untuk mengenal, membina jalinan dan melahirkan rasa sayang. Sekaligus, anak-anak ini berpeluang mendapat khasiat susu ibu dari orang yang menyayanginya.

Masalah ini adalah masalah bersama. Semua orang bertanggungjawab untuk menghentikan gejala ini daripada berterusan. Bagi mereka yang mempunyai anak, susukan dengan susu ibu, didik mereka dengan asuhan alami iaitu memberi pendidikan agama, banyakkan aktiviti bersama anak-anak dan sentiasa menjadi pendengar utama masalah anak-anak bagi mengelakkan mereka keluar mencari penyelesaian kepada masalah mereka. Sebagai tetangga/jiran/anggota masyarakat, harus peka terhadap keadaan sekeliling, terutama gerak-geri yang mencurigakan dalam anggota masyarakat. Maklumat/peringatan/tindakan awal dapat menyelesaikan banyak masalah. Masih ingat kisah suami yang mengelar leher isteri sehingga maut baru-baru ini? Si isteri telah pun keluar dari rumah meminta tolong dari jiran tetangga apabila suami mula amuk. Jika jiran tetangga yang tinggal berhampiran bersikap peduli, sudah pasti pembunuhan ini dapat dielakkan.


SALAM TAHUN BARU UNTUK SEMUA..MOGA TAHUN INI MEMBERI LEBIH MAKNA KEPADA KITA SEMUA!!!


Tuesday, December 21, 2010

Ameda VS Medela FS



OK, Since saye menjual dua-dua, ramai yg tanye... nak beli? boleh.. click sini

FS vs Ameda

In terms of output, it's basically the same. Despite the canggih-ness of the pump, there are some things I don't fancy about FS..
1. It has gazillion parts!
Yang ni Ameda...
Yang ni FS
2. Suction Power
3. the noise! (Ameda quieter...hehe)
However, I absolutely love the mobility.
With Ameda, if I don't use the 6 AA batteries for mobility-byknye kena gune, I had to plug the pump onto the power socket.
With FS, I am able to do my housework, handsfree, not needing to think about, power for the pump-brg canggih kan?

AMEDA vs FS
1. Affordable price
2. Suction / Volume Control-kadang2 ain blh dpt double letdown sbb kita control sendiri!
3. Easy Assembly
The BP comes in 4 parts:
Breast shields;Collection bottles;Cap and diagphram;Valve
(I often had to sit in for a meeting and when it's time to pump, I can actually quickly assemble the parts and pump for a minimum of 15 minutes, and I'm good to go!)
However :)
You need to stock 6 AA batteries!!
Dia lak besar la skit dr FS, tapi blh muat dlm medela citystyle tu...maknanya, kalau galas guna citysyle bag, sama je la bawa FS/Ameda :)

So,
Rate ain utk FS, 3.5 out of 5 stars and Ameda 4 out of 5 stars!

Nevertheless, Ain kena conclude that:
REGARDLESS of how expensive or reliable your BP may be, ALWAYS remember that the most efficient BP in the world is YOUR BABY...
OK?

Nipple Confusion


wa..ramainye ada prob ni kan..
bulan ni aje dah 3 org yg kontek ain pasal prob yg sama
susah jugak ni nak explain...
mula2, problem dia sbb kita dh introduce botol awal2 kat baby..milk supply kite pon dh jadi merundum sbb direct suction x der kan...
he must "work" for mother's milk-botol feed ni sng, x yah kerja keras2 dh dpt upah..kalau direct feed, kena suct betul2 dulu, br dapat kan...

nasihat ain secara ringkas, x nak panjang2,
1.First, try to stay calm. This can be difficult if baby is actively refusing breast and both mother and baby are frustrated.
2. kalau bg botol, jgn kita sendiri yg bagi, minta org lain yg bagi..so dgn kita dia hanya boleh dapat original nipple je ye..xder tiruan punye..Use bottles only when needed. Using bottles too often increases risk of baby preferring bottles over breast...ok?
3.bykkan skin-to skin contact...bykkan baby tdo atas dada kita, biar dia kenal balik bau kita tu...hehehe..kalau pandai, bawa baby in a sling near the breast between feedings. so lagirapat lagi bagus :)
4.Try utk breastfeed masa baby tenang, pagi2 masa br bgn dr tdo, jangan tunggu baby lapar br nak bagi..mengamuk la dia
5.Bagi baby bila breast dh nak let down..timing masa mana baby nak susu, then dekat2 dengan waktu menyusu dia, pam utk stimulate kan breast, r
asa2 dh nak letdown, bagi baby..so x der la baby tu tertunggu2 nak dpt susu..sbb dia dh biasa dgn botol yg x perlu kerja keras tu kan..?

Babies biasanya akan keliru, nape mak aku ni?apa yg mak aku buat ni? nak bg breast dia balik ke (huhu~merajuk!)
Kita kena byk bersabar..Usaha+Doa berpanjangan!
Bila dia berjaya (walaupun skit2), puji dia..Dia x fhm, tp emotional bonding antara kita n anak kan ada...
It may take a few days/or maybe weeks to woo baby back to the breast, but you can do it....! InsyaAllah!
Me, still bf ~ Afeef already 2 yrs and 2 weeks!!Alhamdulillah!!

Saturday, December 11, 2010

Hand (manual) expression of breast milk



Oopss..hari ni tertinggal lak pam akibat kelam kabut pagi tadi!!


Alamak, battery plak habis, plug point lak x der tempat!!


Alahai, macamana ni, pam rosak..nak baiki lambat..x kan nak beli baru lagi kot??




Hurm..macam2 boleh terjadi..semua tu DUGAAN... so camne? bersedia x guna tangan?


Alamak! mana pandai, start dr hari mula2 mengepam, pakai yg main tekan, jalan jer..heheh...




Ok la..


Sini ain nak share skit..Ain pon baru aje pandai, x master la agi..skit2 kita kongsi ye...




Mula2,


Massage breast untuk membantu "let down," menggunakan teknik di bawah




1. Guna kedua2 belah tangan, slide tangan dr atas dada ke arah nipple, tapi x sentuh nipple tu


2. Dengan jari, massage ikut bulatan around breast, pastu picit..!


Senang aje kalau kita dah tahu cara...
JOM try!!!



Wednesday, November 24, 2010

CERAMAH/SGM MEETING

DEAR FRIENDS...
ALHAMDULILLAH...
AKHIRNYA, OFFICIALLY NAK ANNOUNCE, KITA PUNYE SGM:

DATE: 4/12/2010
TIME: 10.00-1.00TGHARI
VENUE: DEWAN FTKEA, TATIUC

Berpeluh ain ke sana ke mari mengedarkan pamplet.
Harap2 berjaya..
Bagi yang sudi membantu, boleh email ain admin@qasehbonda.com!