Pages

Wednesday, May 18, 2011

PERSINT

Alhamdulillah, 30/4/2011, Sabtu, berjaya menggubal Persatuan Susu Ibu Negeri Terengganu.
Alhamdulillah juga dengan kedatangan ahli-ahli majlis, dan juga jawatankuasa penaung, Jabatan kesihatan Negeri Terengganu.


Minit Mesyuarat:




MINIT MESYUARAT PENUBUHAN

Tarikh  : 30 April 2011
Masa     : 10 pagi – 12 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 5, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Kehadiran :
1.       Sharifah Nurul Ain Binti Engku Mokhtar
2.       Wan Zurul Norhuda Binti Wan Zaidi
3.       Wan Sajirah Binti Wan Ahmad
4.      Wan Noorhishamudin Bin Wan Mohd
5.      Tengku Azlan Bin Raja Mamat
6.       Munirah Binti A. Zamani
7.       Najibah Binti Mustafa
8.       Siti Zabariah Binti Zakaria
9.       Jamilah Binti Mohd Zain
10.   Norsamihah Binti Ismail
11.   Nurul Shahida Binti Ahmad
12.   Nurul Amalina Shahirah Binti Zainudin
13.   Che Ku Farhana Binti Che Ku Alam
14.   Wan Faizah Binti Wan Abdullah
15.   Sharifah Kasmani Binti Syed Akil
16.   Engku Nor Fazilah Binti Engku Din
Turut Hadir :
1.       Fasiah Binti Wahad                                        - Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu
2.       Siti Khadijah Binti Abdullah                       - Pejabat Kesihatan Daerah Besut
3.       Tuan Nor Baizura Binti Tuan Bidin         - Pejabat Kesihatan Daerah Marang
4.       Nurul Aida Binti Embong                            - Pejabat Kesihatan Daerah Setiu
5.       Nazli Suhardi Bin Ibrahim                          - Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu
6.       To’ Puan Che Fatimah Binti Che Othman - Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu

1.      UCAPAN PENGERUSI PENUBUHAN
Puan Sharifah Nurul Ain Binti Engku Mokhtar selaku pengerusi penubuhan telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini untuk menubuhkan sebuah persatuan yang memperjuangkan susu ibu di Negeri Terengganu.

2.      MELULUSKAN NAMA DAN ALAMAT PENUBUHAN
Mesyuarat telah membincangkan tentang nama penubuhan dan bersetuju dengan sebulat suara dengan nama: “Persatuan Susu Ibu Negeri Terengganu” dan alamatnya ialah di 7432, Lorong Ketapang 2E, Bukit Kuang Sejahtera, Bukit Kuang, 24000 Kemaman Terengganu.

3.      Perlembagaan Pertubuhan

Mesyuarat telah berbincang perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan telah diluluskan oleh semua ahli yang hadir.

4.      Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan

Ahli-ahli seperti berikut telah dipilih:
Pengerusi                                           - Sharifah Nurul Ain Binti Engku Mokhtar
Naib Pengerusi                                 - Wan Zurul Norhuda Binti Wan Zaidi
Setiausaha                                          - Wan Sajirah Binti Wan Ahmad
Penolong Setiausaha                     - Engku Nor Fazilah Binti Engku Din
Bendahari                                           - Che Ku Farhana Binti Che Ku Alam
Penolong Bendahari                      - Wan Faizah Binti Wan Abdullah
AJK Biasa :
AJK Daerah Besut                            - Tengku Azlan Bin Raja Mamat
AJK Daerah K. Terengganu
·         Parlimen K. Nerus     - Nurul Amalina Shahirah Binti Zainudin
-    Norsamihah Binti Ismail
·         Perlimen K. Terengganu - Wan Noor Hishamudin Bin Wan Mohd
-          Siti Zabariah Binti Zakaria
AJK Daerah Kemaman                      - Munirah Binti A. Zamani
AJK Daerah Setiu                               - Tengku Azlan Bin Raja Mamat
AJK Daerah Marang                          - Najibah Binti Mustafa
AJK Daerah Dungun                         - Nurul Shahida Binti Ahmad
AJK Daerah Hulu Terengganu         - Jamilah Binti Mohd Zain

5.     Majlis bersetuju untuk mendaftarkan penubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Tugas bagi pendaftaran ini akan diserahkan kepada jawatankuasa untuk menguruskannya.

6.     Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 12.00 tengahari.




…………………………………………                                               ………………………………………
Pengerusi                                                                             Setiausaha
Nama : Sharifah Nurul Ain Binti Engku Mokhtar             Nama :Wan Sajirah Binti Wan Ahmad










Tuesday, April 19, 2011

QB new product: Bumble Bee

Alhamdulillah,
Sekali lagi Ain sangat2 bersyukur, penambahan satu lagi produk dalam Qaseh Bonda!!
Bumble Bee..Kenapa? Sbb kebanyakan breastpump is Bumble Bee friendly...! So untuk itu, Ain pon men-try jadi Bumble Bee punyer seller lak.. (nak kena tambah duit, yg makin hari makin susut ni )
Selain dr breastmilk bottles, Bumble Bee ni byk product lain..
So nntikan kemunculan produk-produk ini di dalam webpage qasehbonda ye!!
new-pp-bottle500
Moga segala usahaku ini, diberkati...Amin...

Saturday, April 16, 2011

CRAZY Mother's Day Sale!





Dear All,
With regard to the above subject, pls be announced that we are having a CRAZY MOTHER'S DAY SALE starting from 1/5/2011-31/5/2011
The sale included 3 BEST SELLER breast pumps unit:

1.  MEDELA HARMONY + CITY STYLE BAG = RM269.00+RM269.00 = RM538.00
     NOW ONLY RM400.00

2. MEDELA SWING + CITY STYLE BAG = RM799.00 + RM269.00 = RM1,068.00
    NOW ONLY RM 700.00

3. MEDELA FREESTYLE = RM2,299.00
    NOW ONLY RM 1,700.00


Please visit us for more products, with attractive price...
Do not hesitate to get in touch with me for more info & details!

*The price stated is excluding postage fee
**The item is in-stock, the price is valid only from 1/5/2011-31/5/2011

--
With Lots of Love,
Ain
+6017 9000 395

Finest for You and Baby...

Thursday, March 31, 2011

Membawa EBM Selepas Berpantang Di Kampung

Hahaha...gelak sbb tgk panjangnye tajuk tu...
Ni ada satu soalan dari kawan (^^,)
Camane nak handle nih?
OK..
Serious skit..
Pengepaman dan penyimpanan stok susu boleh mula dilakukan seawal minggu ke 2 selepas kelahiran.
Tapi ain galakkan untuk start dari bulan kedua kelahiran bayi. Latihan minum susu perahan (EBM) kepada bayi pula boleh dimulakan seawal bulan ke 2 dlm pantang. 
Guna cooler bag atau cooler box dengan ice pack secukupnya untuk perjalanan selama 8 jam. 

Membawa EBM sejuk lebih mudah berbanding membawa EBM beku kerana EBM beku harus kekal dalam keadaan beku selama perjalanan itu dan saya rasa ianya agak mustahil kerana sukar untuk mendapatkan susu sesejuk seperti bhg beku dalam peti sejuk.Maknanya EBM yg disimpan pada minggu terakhir di kampung. EBM beku (jika ada) digunakan sehingga habis semasa melatih bayi minum EBM.

Macamana nak kekalkan suhu?
Sediakan ice packs/icecube secukupnya. Simpan cooler bag atau cooler box itu dlm kereta (keadaan beraircond) dan bukannya di bhg menyimpan barang (kerana suhu bhg ini sangat panas). Ice packs boleh tahan sehingga 8 jam perjalanan. Kalau cuaca panas sangat, dan ice packs mencair, boleh top up dgn ais ketul yg boleh dibeli di kedai makan.Kalau boleh/perlu, balut bekas cooler tu ngan newspaper tebal2..


Cooler ku..Al kisah...

Ingat time daku ni darurat papa kedana dengan ilmu..pergi situ sini bawak tumbler isi sup
Tumbler ni arwah tok lagi pakai, buar isi sup, tahan panas (masa sakit)
Ain pakai la mende alah ni ulang alik dari rumah ke office. Masa tu x der ilmu pon..yang tahu nak kekalkan suhu susu nak bagi tahan...Letak ais pastu letak la susu perahanku..Balik umah tghari direct feed+simpan susu.Pastu tukar ais, gi pulak kerja petang..huhu~

tumbler arwah tok lagi pakai

Pastu bile balik kampung, Ain pakai ni

Betapa x der pendedahan+barangnye kat Terengganu ni mase tu..Ke ain yg xtahu?heheh
Yang ni x leh selalu tutup buke..tutup buke tau..
Nak kena kekalkan suhu sbb perjalanan agak jauh..
Pastu barula ain upgrade ke MEDELA CityStyle (Sini)
Alhamdulillah..Barula moden..kui2...
Hehe...

mengira susu perahanku...

PRE-MEETING BERSAMA PEG.ZAT MAKANAN NEGERI TERENGGANU

Salam,
27.03.2011, Sabtu hari tu Ain bersama Huda (rakan MBFPC) telah berjumpa eye-to-eye dengan Pegawai Zat Makanan Negeri (setelah ditunda beberapa kali perjumpaan disbb kan kesibukan bekerja,huhu~)
Hari tu, meeting bersama:
En Nazri
Pn Ratna
Toh Puan Che Fatimah
Huda

Topik utama, penubuhan kelab/persatuan susu ibu untuk negeri Terengganu.
Briefly, peratusan penyusuan untuk 4 bulan pertama baby kat negeri terengganu ni jatuh ke tempat ke 2 (1=Johor) dalam seluruh Malaysia (2010 statistik), dimana 25% dan 26.6% untuk 6 bulam pertama.
Target negeri hanya lah 4% untuk 4 bulan pertama, dan 15% untuk 6 bulan pertama.
Alhamdulillah, jauh tersasar..walaupun peratusan tu tak la tinggi, tapi ain rasa mungkin disebabkan faktor Terengganu ni x ada pilihan hospital sangat bebanding negeri lain, dimana hanya terdapat 3 pusat bersalin swasta:
KTS (Kuala Terengganu Specialist), klinik Bersalin Intan (paloh), dan Klinik Keluarga)..
Alhamdulillah juga, Hospital2/Klinik kesihatan/desa di negeri terenganu ni kearah BF friendly (target 2015 utk 100%)
Tapi, terkejut ain bila dinyatakan bahawak klinik keishatan kemaman adalah satu2nya klinik kesihatan di Terengganu yg x BF frindly lagi..InsayAllah, moga2 dipermudahkan segala urusan supaya jd BF friendly sblm 2015 ni.

Berbalik pada topik asal, penubuhan kelab/pertubuhan..
Sekarang ni, Ain tengah:
1.Mencari nama yang sesuai
2.Mencari ahli yg aktif (kalau boleh dari setiap daerah)
3.Prosedure untuk pendaftaran penubuhan (dalam proses)
4.Mesyuarat agong untuk melantik ahli/ajak/advisor/penaung
5.Pembukaan akaun untuk menyimpan dana-dana (jangan terkejut, sbb dana yg akan disalurkan besar juga jumlahnya :)

Objektif?
Sama je rasanya mcm MBFPC, cuma lebih kepada batch2 remaja masa kini, pendedahan yg kurang...
Mungkin akan buat roadshow mengelilingi negeri...dan juga menyinggah mana-mana universiti untuk ceramah/taklimat (menerusi badan hal ehwal pelajar)

Kalau rasa ada cadangan, boleh la kontek2 saye ye.. :)