Pages

Wednesday, February 16, 2011

Betapa dari setitik susu ibu...

Lagi 3 hari, 2nd SGM akan berlangsung..Entahkan berjaya, entahkan tidakk..Semua ain serahkan pada yg maha Esa...
Duk kalut2 menyediakan persiapan+kerja lagi, teringat lak ke blog yg menyepi ni...
Ain hanya sempat update hal2 SGM jer..yang lain x berapa nak sempat sbb terlampau BZ ngan kerja...
Penat ada, lelah ada..tapi perjuangan perlu diteruskan...
Niat ain, hanya nak membantu sedaya yang ain boleh...Sebab ain tahu nilai setitik susu ibu..SANGAT BERMAKNA..
Nak jadikan cerita, pagi tadi, dah ain duk kalut2 ttg preparation ni, ada la officemate bertanye, apa kes la ko nak sibuk sangat pasal BF ni...sambil yang lain duk main2kan ain...
Ain ttp jadikan main2an diaorg sbg cabaran Ain...
Dah lama senyap, ain pon bunyi la mulut ni skit kan.. Hehe.. (panas gak telinga sebenarnya)
Ain pon buka la ceramah/tazkirah pagi2..
Betapa setitik susu ibu yang menitik tu akan membawa perubahan dalam diri ibu, diri baby, keluarga, sekeliling, masyarakat, bangsa dan agama..(wah2..semangat maulidur Rasul sungguh!)
Betapa dari setitik susu ibu yang meitik masuk ke dalam badan bayi, jadi darah daging bayi...
Betapa dari setitik susu ibu itu, membawa "bonding" yang amat kuat antara ibu n anak...
Betapa dari setitik susu ibu itu, membawa perubahan pada suami...
Betapa dari setitik susu ibu mengeratkan hubungan keluarga...
Betapa dari setitik susu ibu membawa seribu satu jawapan pada masalah sosial yg kita hadapi sekarang ini...
DARI SETITIK SUSU IBU..
So, jangan main2 la ye...
Camane tu? Diaorg tanye ain lak...
Susu ibu, kita dah tahu dari mana asal usulnye..So, bila dah masuk ke dalam badan anak kita, insyaAllah, anak kita membesar dari sumber yang telah kita tahu...
Dari situ, setiap hari, setiap masa, anak kita menyusu, (terumatanya direct feeding), eye to eye contact antara ibu n anak~fuh..such a precios moment yg ain x akan lupekan sampai bile2..Hanya yg menyusukan sahaja tahu...Orang kata, dari mata jatuh ke hati..
From that point, suami- yang menyokong, yang membantu, akan terus memahami si isteri, akan eratkan hubungan antara suami isteri...x akan abaikan isteri yang telah berkorban masa/tenaga untuk zuriat dia..memberikan yg terbaik!
Pastu, hubungan keluarga, dari yg tak menyokong, jadi x berapa menyokong, jadi menyokong seterusnya jadi tukang sebarkan berita...bahawa anak kita tu, anak yg membesar dengan susu ibu! sihat, cerdas, cerdik!!
Yang paling besar, masalah sosial yg terlampau teruk sekarang ni. yg x dpt kita bayangkan..anak bunuh mak..mak bunuh anak...baby kena buang..huhu~.bila dah dari asas, dari awal, kita dapat tgk hubungan keluarga yg baik, anak ngan ibu, ibu ngan ayah, seterusnya hubungan dengan keluarga,insyaAllah, ain pasti, akan terus menjana masyarakat yg penyayang...
Cuba kita renung, sebelum bermulanya mind set org ramai ttg FM (formula milk)..org2 kita masa tu, boleh dikatakan semua minum susu mak je..susu tin x der! nak x nak kena susu mak je la..(zaman mak nenek kita)..nape masa tu x der pon problem yg timbul..pasal x leh bf la, x ckp susu la, masalah ni la..masalah tu la.....
masa tu, even agama tak kuat sangat (free hair di merata2, dancing club, ronggeng sana sini, pakaian lagi la seksi bangat!), x der pon problem sosial mcm kita hadapi skrg ni...
Kat mana punca sebenarnye..
TEPUK DADA TANYA SELERA!



Monday, January 24, 2011

Risiko Bayi Yang Tidak Menyusu Susu Ibu



QUOTED FROM Arissa Zoela



Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.

Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkanbayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.

Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.

Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).

Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.

Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.

Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!

Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.

Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.