Pages

Wednesday, September 29, 2010

Menyusukan Lebih dari 2 Tahun??



Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri.

Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:


وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ


Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.


As for the question whether a mother can breastfeed past the two years, the answer is: there is nothing in the sources to indicate that it is wrong to do so. So you are free to do so if you deem it conducive to the wellbeing of your child.
Having said this, however, I should convince you that at some point you must make a distinction between providing, responsible nurturing care and spoiling a child. Sometimes a child may never wish to wean at all if you were to leave it entirely to his choice. It is therefore important for you to plan to wean him gradually without causing him undue emotional stress. You should decide your move in consultation with your pediatrician and a trained nurse.



Wallahu a’lam.


Qaseh Bonda: It's not so unusual to be breastfeeding at 2 or 3 years old. Worldwide, the average age of weaning is somewhere around 3 to 4 years. Your child will stop breastfeeding when she 's ready. This is described as "child-led" weaning, and it's the most effective and gentle way to wean. As long as you're both enjoying breastfeeding, then by all means continue what you're doing.

Monday, June 28, 2010

Extended Breastfeeding banyak kelebihannya



Selepas 2 tahun, Kawan Ain berhasrat untuk terus menyusukan si manja (extended breastfeeding). Tekadnya itu, bertambah kukuh apabila yang tersayang tidak mahu bercerai susu.

Umum sedia maklumdengan polisi kebangsaan mengenai penyusuan susu ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukan bayi secara eksklusif di 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Pemberian makanan pelengkap pula hanya boleh dimulakan apabila bayi mencecah enam bulan.

Polisi tersebut merupakan susulan polisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Namun, kedua-dua badan ini di dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan
lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.

Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.

Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa. Hakikatnya, amalan extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk anda dan anak juga.

Kelebihan: ibu
Jika bercadang mahu mengamalkan extended breastfeeding, ketahuilah banyak manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal anda peroleh. Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda!

Malah, dengan menyusukan si manja, ia membantu anda memperuntukkan masa yang suntuk itu untuk mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan anda dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku. Antara lain, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:

1. Kanser payu dara (Helewa, Levesque & Prvencher, 2002)
2. Kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)
3. Kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)
4. Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
5. Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)
6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes. (Davies HA, British Med J, 1989)

Kelebihan: anak
Extended breastfeeding tidak sekadar memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja. Lebih daripada itu, anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.

Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.

Kadangkala dalam kesibukan kerja harian, kita sebagai ibu bapa moden terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Hakikatnya, si kecil sentiasa memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Malah jelas terbukti melalui pelbagai kajian psikologi yang mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.

Khasiat tetap sama
Bayi hanya memerlukan susu ibu dari hari pertama kelahiran sehingga usianya mencapai 6 bulan. Selepas tempoh itu, kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah daripada segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan! walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.

Malah, dalam kajian terkini, Fat and Energy Contents of Expressed Human Breast Milk in Prolonged Lactation, PEDIATRICS vol. 116 no. 3 September 2005 menyatakan: Susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan bayi lebih daripada 1 tahun menunjukkan peningkatan kandungan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang singkat.

Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi:

1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.
2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.
3. Susu ibu susuan.
4. Pengganti susu ibu yang sesuai.

Lihatlah! Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaik bagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah,kandungan nutrisi susu ibu tidak patut dipertikaikan lagi!

Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak anda. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.

Nota QasehBonda : Saya selalu memberi “ubat penenang” kepada Afeef. Kadang-kala bila rasa buntu dan tidak tahu punca mengapa puteraku menangis, menyusu adalah cara terbaik untuk menenangkan mereka.

Menyusu anak lebih 2 tahun


Dikemaskini pada 29/6/2010

Sumber: Utusan Online

Soalan:

APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?

Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:

Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Nota QasehBonda: Hari ini (29/6/10), saya masih lagi keliru samada mahu memutuskan Afeef menyusu pada umurnya 2 tahun (15/12/2010) atau meneruskannya. Sejujurnya, saya sendiri tidak sanggup untuk berhenti menyusu kerana melihat Afeef membesar dengan susu ibu, adalah kepuasan bagi saya!. Tapi saya harus belajar menerima hakikat bahawa susu ibu baik untuk Afeef sehingga umur yang diizinkan-Nya. Saya masih lagi beristikharah memohon petunjuk Allah.

Thursday, May 27, 2010

Penyusuan dan Ibu Bekerja Kaedah Untuk Mengecapinya!


Setiap ibu merupakan wanita yang bekerja, samada di luar atau di dalam rumah. Jarang orang lain sedar bahawa wanita mempunyai tanggungjawab produktif (bergaji dan tidak bergaji) dan reproduktif (beranak dan penyusuan ibu). Kedua-dua tanggungjawab ini merupakan aspek penting dalam kehidupan wanita dan boleh digabungkan.

Melahirkan dan menyusukan anak sendiri merupakan suatu pengalaman yang indah, berbaloi dan sememangnya boleh digabungkan dengan perkerjaan sepenuh masa. Jika ibu-ibu mempunyai pengetahuan, kemahiran, keyakinan, sokongan pakar kesihatan dan ahli keluarga untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dia dan bayi, maka penyusuan menjadi suatu pengalaman yang memuaskan hati si ibu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar ibu-ibu mengamalkan penyusuan eksklusif buat 6 bulan yang pertama kehidupan bayi untuk mendapatkan kelebihan kesihatan dan perkembangan yang optimum. Penyusuan juga patut disambung, bersama-sama dengan pengenalan makanan pelengkap, sehingga umur 2 tahun.

Bagaimana untuk menggabungkan kerja dan penyusuan ibu?

Mula menyusu pada jam pertama selepas bersalin, dan setiap dua jam pada waktu siang dan sebelum pukul 12 malam, dan setiap 3 jam selepas pada tengah malam. Menyusu bayi anda sepuasnya pada satu payu dara, dan penyusuan seterusnya selepas 2-3 jam pada lagi satu payu dara. Pastikan posisi bayi adalah betul (bayi meniarap pada tepi dan mukanya menghadap payu dara) dan pautan hisapan yang baik (bayi menghisap pada puting dan kirakira 1 inci pada areola untuk mengelakkan kesakitan puting).

  • Berlatih mencapai kesempurnaan. Mula berlatih memerah dan menyimpan susu ibu dua minggu sebelum kembali bekerja. Perah dan beku satu pek susu ibu sehari agar anda akan memiliki 14 pek susu ibu sebelum anda mula kerja. Jumlah susu biasanya agak sedikit pada peringkat permulaan tetapi akan semakin bertambah selepas beberapa percubaan.

  • Menyambung memerah susu bila mula bekerja. Perah pada pukul 7 pagi, 9 pagi, 1 petang, 5 petang dan 8 malam agar mempunyai simpanan susu agar bayi mempunyai susu untuk hari berikutnya.

  • Buat pilihan anda. Anda boleh memerah susu menggunakan tangan atau pam payu dara manual atau elektrik. Pam elektrik dengan kit pengepaman kembar mungkin lebih cepat, tetapi ia lebih mahal. Memerah dengan tangan pula adalah cara yang lebih murah dan kurang menyakitkan payu dara. Tidak kiralah apa jua cara dipilih, pastikan ianya selesa dan memudahkan anda.

  • Beritahu majikan anda. Beritahu majikan anda tentang keperluan anda. Tempat kerja yang mesra ibu adalah penting bagi wanita yang mengamalkan penyusuan ibu. Ini termasuk tempat untuk memerah dan menyimpan susu ibu, waktu rehat untuk penyusuan ibu dan persekitaran yang membantu.

  • Membuat persediaan. Anda mungkin memerlukan peti ais untuk menyimpan susu jika kerja anda memerlukan anda ke sana ke mari. Ada baiknya jika anda memakai pad menyusu jika tiada masa untuk memerah susu daripada membiarnya meleleh keluar dan membasahkan pakaian anda. Anda juga boleh menyilangkan tangan dan menggunakan penumbuk tangan untuk menekan pada puting dan payu dara untuk menghentikan pengaliran susu.

  • Letakkan tarikh pada susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk beku dan nyahbekukan beberapa paket pada malam sebelumnya untuk digunakan pada keesokan hari. Pastikan anda sentiasa mempunyai senarai untuk perkara-perkara yang perlu dilakukan.

  • Pengurusan masa yang baik. Sememangnya penting untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, terutama sekali bersama bayi dan pasangan anda. Hubungan yang erat menjamin rumahtangga yang sihat. Maka, tentukan keutamaan anda dan jika perlu, sediakan satu jadual.

  • Dapatkan sokongan yang anda perlukan. Minta ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memberi bantuan tambahan semasa anda menyusu ibu. Bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi sokongan emosi kepada ibu yang menyusu.

Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu

Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya.

Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.


Susu Ibu adalah yang Terbaik!

Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:



Bagaimana Otak Berfungsi
Otak kita merangkumi banyak bahagian yang menjalankan fungsi tertentu seperti menghubungkan penglihatan, perasaan, bahasa, dan pergerakan. Dalam setiap bahagian otak, terdapat berjuta-juta neuron (sel saraf), yang menghantar mesej kepada satu sama lain melalui sinaps. Hubungan ini membolehkan pelbagai bahagian berkomunikasi dan berfungsi bersama-sama.
  • Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
  • Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
  • Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.

Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu

  • Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.
  • Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.
  • Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.
  • “Makanan Otak Terbaik,” Menurut Hasil Penyelidikan

    Hasil penyelidikan telah menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu ke atas perkembangan otak. Jadual 1 di bawah adalah antara yang penting:

    Jadual 1: Kajian ke atas pemberian susu ibu dan kepintaran kanak-kanak

    Sumber
    Hasil Penyelidikan
    Rodgers, 1978 Kanak-kanak yang diberi susu ibu lebih pintar, lebih pandai membaca dan mengira, dan lebih bijak bercakap.
    Horwood & Fergusson, 1998 IQ lebih tinggi, prestasi lebih tinggi dalam ujian biasa, diberi permarkahan tinggi oleh guru, pencapaian lebih tinggi di sekolah.
    Mortensen et al., 2002 Purata markah IQ sebanyak 104 jika menyusu ibu melebihi 9 bulan berbanding IQ 99.4 bagi bayi yang menyusu ibu kurang daripada 1 bulan.

    Beri yang Terbaik untuk Si Manja Anda

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan pemberian susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan penuh. Selepas itu, pemberian susu ibu diteruskan dengan tambahan makanan yang sesuai sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas. Adalah penting untuk anda mempertimbangkan tempoh penyusuan ibu seperti disyorkan kerana ia boleh membawa manfaat kepada perkembangan otak si manja sepanjang waktu awal hayatnya. Untuk mendapatkan maklumat dan petua penyusuan ibu yang berkesan, sila ke www.mypositiveparenting.org.

Hanya Kami Berdua


Penyusuan susu ibu bukan sekadar menyediakan pemakanan yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Ia merupakan jalinan kasih sayang yang mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi. Melalui penyusuan susu ibu, ibu dan bayi dapat menjalinkan hubungan yang erat, memuaskan dan berkekalan. Untuk menjadikan setiap saat anda bersama bayi lebih berharga, amalkanlah petua-petua berikut:

Tenang dan sunyi

Pastikan tiada gangguan semasa menyusukan bayi – jangan menonton TV, mendengar muzik yang kuat atau berbual dengan bising. Pastikan ahli keluarga anda faham kepentingan persekitaran yang sesuai semasa anda menyusukan bayi. Dapatkan bantuan mereka bagi memastikan keadaan tenang dan senyap ketika anda menyusukan bayi. Persekitaran yang ideal untuk menyusukan bayi ialah bilik yang sunyi dan malap. Jika ini sukar dilaksanakan, berikan tumpuan sepenuhnya kepada bayi sewaktu menyusu.

Utamakan keselesaan
Apabila menyusu, anda perlu pastikan keselesaan diri anda dan bayi. Pegang bayi supaya mukanya menghadapi payudara anda. Mulutnya diletak berhampiran puting dan kepala, leher serta bahagian belakang bayi dipastikan dalam kedudukan yang lurus dan selesa. Anda juga harus duduk tegak, gunakan bantal untuk menyokong bayi anda jika perlu.

Anda juga boleh berbaring secara mengiring di atas katil ketika menyusukan bayi. Posisi baring sangat berguna untuk penyusuan pada waktu malam, atau jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Caesarean’ atau komplikasi semasa bersalin.

Berinteraksilah dengan bayi
Ketika menyusukan bayi, anda boleh bercakap, bersenandung atau menyanyi dengan bayi anda. Kekalkan hubungan mata dan senyumlah selalu. Peluk, tepuk dan sentuh bayi anda. Puji bayi anda apabila dia menghisap dengan baik. Gerak isyarat yang penuh kasih sayang akan menjadikan bayi berasa lebih selamat.

Sikap adalah penting
Bayi anda akan tahu jika anda bimbang atau risau. Oleh itu, anda perlu bertenang ketika menyusukan bayi. Jangan menyusukan bayi apabila anda berasa marah atau selepas bertengkar dengan suami. Berikan masa yang secukupnya kepada diri anda sehingga reda perasaan marah sebelum menyusukan bayi.

IBU GEMBIRA, BAYI GEMBIRA
Untuk mengekalkan ikatan yang positif dengan bayi anda, terlebih dahulu anda perlu menjaga diri anda. Dapatkah anda berikan yang terbaik kepada bayi jika anda penat, tertekan atau bersedih?

Berehatlah dengan secukupnya, amalkan pemakanan yang sihat dan keraplah bersenam. Anda harus sedar bilakah anda memerlukan bantuan; jangan cuba lakukan kesemua perkara bersendirian. Bukanlah sesuatu yang luar biasa jika ibu baru mengalami kemurungan.

Beritahu kebimbangan anda kepada suami. Jika kemurungan ini berpanjangan dan menjadi lebih teruk, anda mungkin mengalami kemurungan postpartum. Anda perlu segera mendapatkan bantuan profesional.

Saturday, May 22, 2010

Macamana nak cepatkan let down

Salam frenzie... =)


I found this article from my readings on a Let Down Reflex (LDR) topic and i think it will be a good source of information for me to share with u all. Cam biase, i'll put in some of my comments at the end of every paragraph juz to make it easier for u guys to understand mcm la saya ni pandai sgt nak memahamkan org ye!Okie mommies..here we go.....


This is a summary of suggestions for encouraging a letdown when
pumping:


** Relax (take several deep breaths and, if you know any relaxation,or
meditation techniques, use them. Prop up a picture of your baby in
front of you and stroke your breast, toward the nipple. Sounds silly,
I know, but it works. (The relaxation is the big part, the rest is
probably just dressing).*This is ABSOLUTELY true! Relax is very CRUCIAL ya during ur pumping session. Kalau resah gelisah & tak rileks, susu jadi terbantut nak kuar!*


** Look at a picture of your child, think about the child actually
nursing and the milk began to flow. In fact I was pumping enough milk
for her for the next day and even had some to freeze.*Ya betul!!! This method works wonders on me! Amazingly each n everytime i picture my baby in my mind or i look at the photo of him while i'm pumping, the milk will flow dengan bestnyeeeee....*


** Bring in a picture of a child and a cassette recording of her
crying and such. When you are having a hard time letting down, look
at the picture, play the tape, and think about your child.*Zaman skang org x pakai tape cassette dah...so, gunekan lah kecanggihan teknologi enset anda ye...record ur baby punye voice either laughing or crying. Mane2 la yg akan membuatkan anda rase tenang and happy. Jangan la plak dengar suara baby anda menangis kalau ianya buat anda lagi pressure laks! =p*


** If your baby smells a particular way sometimes you can use that to
trigger let down too (like baby powder or something).*Hehe..ni yg paling sy suke! Bwk napkin, baju or brg2 Danish yg ada bau die yg bucuk masyam tuh gi opis! Gile tenang & happy! Rase cam nak terbang la plak balik umah gi peluk2 n cium die!!!*


** It is REALLY hard to get the let down reflex at work especially if,
like me, you have to pump in the restroom - frustrating! If there is
a private office with a door that locks (so you can relax and not
worry about "company" dropping in) use it!*For those yg x dapek nak pump at ur own workstation disebabkan ianya terlalu terbuka, maybe kena gi somewhere else like surau or store room to pump. Tp jgn amik ni sbg satu masalah or halangan utk anda mengepam dgn tenang dan gumbira. Carik solution terbaik utk anda dapatkan satu suasana yg POSITIF, SELESA & TENANG utk mengepam. Bawa magz spt PA&MA etc sbg bahan bacaan or ape2 je aktiviti ringan dan gedik santai yg boleh buat anda rase selesa kay...*


** Nipple stimulation (twirling them between my finger and thumb)
until the letdown came. Or, if you have a one handed pump like the
Avent manual model, do the nipple stimulation on one side while you
pump the other. It may take several minutes at first but with practice
the response gets faster.*Betul3! Hehehe...stimulate ur nipple can encourage let-down! And even in some cases, nipple stimulation dilakukan untuk increase milk production. Caranye, rajin2 kan la tangan anda tu utk menggentel nipple setiap setengah jam sekali selama satu minit. Ini kerana rangsangan kepada nipple akan merembeskan hormon oxytocin yg mana hormon ini berfungsi untuk menghantar signal kepada otak utk menghasilkan susu. Cubelah...anda mesti teruja! =)!*


** pump at regular times (every day or every work-day). Whenever I
take week vacations or somesuch, I have a harder time when I return to
regular pumping.*For pumping & working mommies, please bear in ur mind, this is of paramount important for you to do --> STICK TO UR PUMPING SCHEDULE!!!! Jgn pump suka-suka ati tak ikut time. Rasionalnye, if kite pump ikut jadual, kite menghantar signal kpd badan dan otak utk produce susu pd masa yg ditetapkan.Dan bile badan dan otak dah terima that signal, badan dan otak akan produce susu pd kadar yg banyak pd waktu yg kite selalu pump tu. That's why it is sooooo important to pump at a regular times kay!*


** be sure to sit in a comfortable chair.*Oh c'mon guys..i've told you this for like 100 times! SELESA is so importante while u're pumping. MAKE SURE u're comfortable enuff during ur pumping session ya...*


** warmth. It's always easy for me to pump after a warm shower (it's
hard to stop from leaking, sometimes!). If not available (e.g. at
work), try warm washcloths on the breasts.*This method akan MELANCARKAN pengaliran susu. Tp sy selalu buat di rumah je. Kat opis jarang, kecuali dlm keadaan2 tertentu...*


** I eventually learned that if I pushed along the sides of my breasts
I could sort of make the milk squirt out and was eventually able to
get 3 oz or so most times after about 15-20 min of work.*This one means u need to massage ur breast before u start ur pumping session. It will also help to make the milk flow smoothly.*


** My suggestion to you would be to rent the Medela electric pump for
awhile. use it at work, if you can, or at least at home so that you
can get the feel for it.*No need to rent la...beli je terusss...hehehe...x leh pakai tol advice saya nie eh! What i means is --> Invest in a good double pump. Nak sewa2 pon mcm x brp nk syok le plak kan...*


** I found that I had to use visualization techniques to let down.
Early, for the first 2-3 months of pumping, I could just visualize my
son when he was a very young baby with his little mouth working away.
As he got bigger, I had to guilt trip myself. I would visualize the
alternative - him drinking formula from a bottle and that would lead
to very large collections - I hate the smell of formula.*POWER OF VISUALIZATION! Anda semua akan rasa betapa hebatnye kuasa visualization ni semasa and mengepam...bkn utk pumping je, malah ianya sgt hebat diaplikasikan dlm HIDUP anda seharian! Percayalah....*


THAT'S ALL FOLKS.... =)!