Pages

Thursday, July 7, 2011

Kenapala begini...

Assalamualaikum...Salam Sejahtera,
Hari ni saya bangun dengan hati yg berkobar-kobar..Kenapa ye..? Sebab hari ni hari Khamis, esok birthday suami saya yg tersayang. Lusa dia balik, tapi lusa saya ada Meeting PERSINT pulak.
Anyway, hadiah dah bagi awal seminggu.Kire aci la kan..
Untuk meeting PERSINT, waaa..mcm ada dalam kepala ni. Macam nak buat.Itu ini..Dalam hati, duk bimbang boleh ke buat, boleh ke..boleh ke..
Sampai office awal hari ni, sbb mummy (mak mertua) ada kat rumah, so Afeef x payah ke school. :)
Sampai office, gatal sangat tangan ni nak buke FB.
Baca status kawan, ada yg menyebabkan saya tergelak sorg2..Ada yg menyebabkan saya menjuih mulut saya..Ada yg menyebabkan saya sedih...


Ni sekadar untuk dikongsi bersama...
Sebagai ibu, kenapa kita perlu berkorban, kalau boleh segalanya untuk anak kita?
Kenapa kita yang perlu bersabar dengan karenah anak-anak?
Saya sebagai ibu, dan saya pasti ramai yg kat luar sana tu setuju kalau saya katakan, YES..! KAMI SEDIA BEKORBAN SEGALANYA UNTUK MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK KAMI!!!
Yes, Afeef..Mama pun..untukmu,nak..Mama sanggup!


Tapi, ada segelintir ibu, yang saya tak tahu, kat mana letak hati perasaan, sanggup meluahkan perkataan meluat dekat anak..benci tengok muka anak..Aduh...berdesing rasanya telinga ini mendengar...
Ya Allah, Ya Tuhanku, lembutkanla hati ibu itu...Hargailah anakmu yang dahagakan kasih sayang itu...


Betul, saya bukanla seorang yang wajar menghukum, saya tidak duduk di tempatnya.
Saya tidak tahu masalah yang dihadapi.
Apa yang saya tahu, dia sedang mengandungkan. Anak yang pertama masih ingin melekap dengan dia.
Tapi kenapa perlu dimarahi anak itu...
Terangkan pada dia, ajarkan pada dia... Tunjukkan pada dia...
Ibu itu sepatutnya masih bersyukur...Dia mampu menyusukan anak dia, cukup hingga 2 tahun, sambil mengandungkan anak yang lagi satu..


Mungkin anak itu perlukan belaian dia..Yang mungkin sudah kurang disebabkan kepenatan mengandung
Mingkin anak itu perlukan perhatian dia, yang mungkin sudah beralih arah ke perkara lain
Mungkin anak itu perlukan DIA..Yang sebelum ini sanggup untuk berhadapan dengan pelbagai halangan untuk memberikan yang terbaik untuknya...


Aduh, pedih rasa hati ini...


Kanda: HAPPY BIRTHDAY!!





No comments:

Post a Comment