Pages

Thursday, May 27, 2010

Penyusuan dan Ibu Bekerja Kaedah Untuk Mengecapinya!


Setiap ibu merupakan wanita yang bekerja, samada di luar atau di dalam rumah. Jarang orang lain sedar bahawa wanita mempunyai tanggungjawab produktif (bergaji dan tidak bergaji) dan reproduktif (beranak dan penyusuan ibu). Kedua-dua tanggungjawab ini merupakan aspek penting dalam kehidupan wanita dan boleh digabungkan.

Melahirkan dan menyusukan anak sendiri merupakan suatu pengalaman yang indah, berbaloi dan sememangnya boleh digabungkan dengan perkerjaan sepenuh masa. Jika ibu-ibu mempunyai pengetahuan, kemahiran, keyakinan, sokongan pakar kesihatan dan ahli keluarga untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dia dan bayi, maka penyusuan menjadi suatu pengalaman yang memuaskan hati si ibu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar ibu-ibu mengamalkan penyusuan eksklusif buat 6 bulan yang pertama kehidupan bayi untuk mendapatkan kelebihan kesihatan dan perkembangan yang optimum. Penyusuan juga patut disambung, bersama-sama dengan pengenalan makanan pelengkap, sehingga umur 2 tahun.

Bagaimana untuk menggabungkan kerja dan penyusuan ibu?

Mula menyusu pada jam pertama selepas bersalin, dan setiap dua jam pada waktu siang dan sebelum pukul 12 malam, dan setiap 3 jam selepas pada tengah malam. Menyusu bayi anda sepuasnya pada satu payu dara, dan penyusuan seterusnya selepas 2-3 jam pada lagi satu payu dara. Pastikan posisi bayi adalah betul (bayi meniarap pada tepi dan mukanya menghadap payu dara) dan pautan hisapan yang baik (bayi menghisap pada puting dan kirakira 1 inci pada areola untuk mengelakkan kesakitan puting).

  • Berlatih mencapai kesempurnaan. Mula berlatih memerah dan menyimpan susu ibu dua minggu sebelum kembali bekerja. Perah dan beku satu pek susu ibu sehari agar anda akan memiliki 14 pek susu ibu sebelum anda mula kerja. Jumlah susu biasanya agak sedikit pada peringkat permulaan tetapi akan semakin bertambah selepas beberapa percubaan.

  • Menyambung memerah susu bila mula bekerja. Perah pada pukul 7 pagi, 9 pagi, 1 petang, 5 petang dan 8 malam agar mempunyai simpanan susu agar bayi mempunyai susu untuk hari berikutnya.

  • Buat pilihan anda. Anda boleh memerah susu menggunakan tangan atau pam payu dara manual atau elektrik. Pam elektrik dengan kit pengepaman kembar mungkin lebih cepat, tetapi ia lebih mahal. Memerah dengan tangan pula adalah cara yang lebih murah dan kurang menyakitkan payu dara. Tidak kiralah apa jua cara dipilih, pastikan ianya selesa dan memudahkan anda.

  • Beritahu majikan anda. Beritahu majikan anda tentang keperluan anda. Tempat kerja yang mesra ibu adalah penting bagi wanita yang mengamalkan penyusuan ibu. Ini termasuk tempat untuk memerah dan menyimpan susu ibu, waktu rehat untuk penyusuan ibu dan persekitaran yang membantu.

  • Membuat persediaan. Anda mungkin memerlukan peti ais untuk menyimpan susu jika kerja anda memerlukan anda ke sana ke mari. Ada baiknya jika anda memakai pad menyusu jika tiada masa untuk memerah susu daripada membiarnya meleleh keluar dan membasahkan pakaian anda. Anda juga boleh menyilangkan tangan dan menggunakan penumbuk tangan untuk menekan pada puting dan payu dara untuk menghentikan pengaliran susu.

  • Letakkan tarikh pada susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk beku dan nyahbekukan beberapa paket pada malam sebelumnya untuk digunakan pada keesokan hari. Pastikan anda sentiasa mempunyai senarai untuk perkara-perkara yang perlu dilakukan.

  • Pengurusan masa yang baik. Sememangnya penting untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, terutama sekali bersama bayi dan pasangan anda. Hubungan yang erat menjamin rumahtangga yang sihat. Maka, tentukan keutamaan anda dan jika perlu, sediakan satu jadual.

  • Dapatkan sokongan yang anda perlukan. Minta ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memberi bantuan tambahan semasa anda menyusu ibu. Bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi sokongan emosi kepada ibu yang menyusu.

Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu

Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya.

Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.


Susu Ibu adalah yang Terbaik!

Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:



Bagaimana Otak Berfungsi
Otak kita merangkumi banyak bahagian yang menjalankan fungsi tertentu seperti menghubungkan penglihatan, perasaan, bahasa, dan pergerakan. Dalam setiap bahagian otak, terdapat berjuta-juta neuron (sel saraf), yang menghantar mesej kepada satu sama lain melalui sinaps. Hubungan ini membolehkan pelbagai bahagian berkomunikasi dan berfungsi bersama-sama.
  • Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
  • Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
  • Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.

Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu

  • Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.
  • Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.
  • Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.
  • “Makanan Otak Terbaik,” Menurut Hasil Penyelidikan

    Hasil penyelidikan telah menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu ke atas perkembangan otak. Jadual 1 di bawah adalah antara yang penting:

    Jadual 1: Kajian ke atas pemberian susu ibu dan kepintaran kanak-kanak

    Sumber
    Hasil Penyelidikan
    Rodgers, 1978 Kanak-kanak yang diberi susu ibu lebih pintar, lebih pandai membaca dan mengira, dan lebih bijak bercakap.
    Horwood & Fergusson, 1998 IQ lebih tinggi, prestasi lebih tinggi dalam ujian biasa, diberi permarkahan tinggi oleh guru, pencapaian lebih tinggi di sekolah.
    Mortensen et al., 2002 Purata markah IQ sebanyak 104 jika menyusu ibu melebihi 9 bulan berbanding IQ 99.4 bagi bayi yang menyusu ibu kurang daripada 1 bulan.

    Beri yang Terbaik untuk Si Manja Anda

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan pemberian susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan penuh. Selepas itu, pemberian susu ibu diteruskan dengan tambahan makanan yang sesuai sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas. Adalah penting untuk anda mempertimbangkan tempoh penyusuan ibu seperti disyorkan kerana ia boleh membawa manfaat kepada perkembangan otak si manja sepanjang waktu awal hayatnya. Untuk mendapatkan maklumat dan petua penyusuan ibu yang berkesan, sila ke www.mypositiveparenting.org.

Hanya Kami Berdua


Penyusuan susu ibu bukan sekadar menyediakan pemakanan yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Ia merupakan jalinan kasih sayang yang mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi. Melalui penyusuan susu ibu, ibu dan bayi dapat menjalinkan hubungan yang erat, memuaskan dan berkekalan. Untuk menjadikan setiap saat anda bersama bayi lebih berharga, amalkanlah petua-petua berikut:

Tenang dan sunyi

Pastikan tiada gangguan semasa menyusukan bayi – jangan menonton TV, mendengar muzik yang kuat atau berbual dengan bising. Pastikan ahli keluarga anda faham kepentingan persekitaran yang sesuai semasa anda menyusukan bayi. Dapatkan bantuan mereka bagi memastikan keadaan tenang dan senyap ketika anda menyusukan bayi. Persekitaran yang ideal untuk menyusukan bayi ialah bilik yang sunyi dan malap. Jika ini sukar dilaksanakan, berikan tumpuan sepenuhnya kepada bayi sewaktu menyusu.

Utamakan keselesaan
Apabila menyusu, anda perlu pastikan keselesaan diri anda dan bayi. Pegang bayi supaya mukanya menghadapi payudara anda. Mulutnya diletak berhampiran puting dan kepala, leher serta bahagian belakang bayi dipastikan dalam kedudukan yang lurus dan selesa. Anda juga harus duduk tegak, gunakan bantal untuk menyokong bayi anda jika perlu.

Anda juga boleh berbaring secara mengiring di atas katil ketika menyusukan bayi. Posisi baring sangat berguna untuk penyusuan pada waktu malam, atau jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Caesarean’ atau komplikasi semasa bersalin.

Berinteraksilah dengan bayi
Ketika menyusukan bayi, anda boleh bercakap, bersenandung atau menyanyi dengan bayi anda. Kekalkan hubungan mata dan senyumlah selalu. Peluk, tepuk dan sentuh bayi anda. Puji bayi anda apabila dia menghisap dengan baik. Gerak isyarat yang penuh kasih sayang akan menjadikan bayi berasa lebih selamat.

Sikap adalah penting
Bayi anda akan tahu jika anda bimbang atau risau. Oleh itu, anda perlu bertenang ketika menyusukan bayi. Jangan menyusukan bayi apabila anda berasa marah atau selepas bertengkar dengan suami. Berikan masa yang secukupnya kepada diri anda sehingga reda perasaan marah sebelum menyusukan bayi.

IBU GEMBIRA, BAYI GEMBIRA
Untuk mengekalkan ikatan yang positif dengan bayi anda, terlebih dahulu anda perlu menjaga diri anda. Dapatkah anda berikan yang terbaik kepada bayi jika anda penat, tertekan atau bersedih?

Berehatlah dengan secukupnya, amalkan pemakanan yang sihat dan keraplah bersenam. Anda harus sedar bilakah anda memerlukan bantuan; jangan cuba lakukan kesemua perkara bersendirian. Bukanlah sesuatu yang luar biasa jika ibu baru mengalami kemurungan.

Beritahu kebimbangan anda kepada suami. Jika kemurungan ini berpanjangan dan menjadi lebih teruk, anda mungkin mengalami kemurungan postpartum. Anda perlu segera mendapatkan bantuan profesional.

Saturday, May 22, 2010

Macamana nak cepatkan let down

Salam frenzie... =)


I found this article from my readings on a Let Down Reflex (LDR) topic and i think it will be a good source of information for me to share with u all. Cam biase, i'll put in some of my comments at the end of every paragraph juz to make it easier for u guys to understand mcm la saya ni pandai sgt nak memahamkan org ye!Okie mommies..here we go.....


This is a summary of suggestions for encouraging a letdown when
pumping:


** Relax (take several deep breaths and, if you know any relaxation,or
meditation techniques, use them. Prop up a picture of your baby in
front of you and stroke your breast, toward the nipple. Sounds silly,
I know, but it works. (The relaxation is the big part, the rest is
probably just dressing).*This is ABSOLUTELY true! Relax is very CRUCIAL ya during ur pumping session. Kalau resah gelisah & tak rileks, susu jadi terbantut nak kuar!*


** Look at a picture of your child, think about the child actually
nursing and the milk began to flow. In fact I was pumping enough milk
for her for the next day and even had some to freeze.*Ya betul!!! This method works wonders on me! Amazingly each n everytime i picture my baby in my mind or i look at the photo of him while i'm pumping, the milk will flow dengan bestnyeeeee....*


** Bring in a picture of a child and a cassette recording of her
crying and such. When you are having a hard time letting down, look
at the picture, play the tape, and think about your child.*Zaman skang org x pakai tape cassette dah...so, gunekan lah kecanggihan teknologi enset anda ye...record ur baby punye voice either laughing or crying. Mane2 la yg akan membuatkan anda rase tenang and happy. Jangan la plak dengar suara baby anda menangis kalau ianya buat anda lagi pressure laks! =p*


** If your baby smells a particular way sometimes you can use that to
trigger let down too (like baby powder or something).*Hehe..ni yg paling sy suke! Bwk napkin, baju or brg2 Danish yg ada bau die yg bucuk masyam tuh gi opis! Gile tenang & happy! Rase cam nak terbang la plak balik umah gi peluk2 n cium die!!!*


** It is REALLY hard to get the let down reflex at work especially if,
like me, you have to pump in the restroom - frustrating! If there is
a private office with a door that locks (so you can relax and not
worry about "company" dropping in) use it!*For those yg x dapek nak pump at ur own workstation disebabkan ianya terlalu terbuka, maybe kena gi somewhere else like surau or store room to pump. Tp jgn amik ni sbg satu masalah or halangan utk anda mengepam dgn tenang dan gumbira. Carik solution terbaik utk anda dapatkan satu suasana yg POSITIF, SELESA & TENANG utk mengepam. Bawa magz spt PA&MA etc sbg bahan bacaan or ape2 je aktiviti ringan dan gedik santai yg boleh buat anda rase selesa kay...*


** Nipple stimulation (twirling them between my finger and thumb)
until the letdown came. Or, if you have a one handed pump like the
Avent manual model, do the nipple stimulation on one side while you
pump the other. It may take several minutes at first but with practice
the response gets faster.*Betul3! Hehehe...stimulate ur nipple can encourage let-down! And even in some cases, nipple stimulation dilakukan untuk increase milk production. Caranye, rajin2 kan la tangan anda tu utk menggentel nipple setiap setengah jam sekali selama satu minit. Ini kerana rangsangan kepada nipple akan merembeskan hormon oxytocin yg mana hormon ini berfungsi untuk menghantar signal kepada otak utk menghasilkan susu. Cubelah...anda mesti teruja! =)!*


** pump at regular times (every day or every work-day). Whenever I
take week vacations or somesuch, I have a harder time when I return to
regular pumping.*For pumping & working mommies, please bear in ur mind, this is of paramount important for you to do --> STICK TO UR PUMPING SCHEDULE!!!! Jgn pump suka-suka ati tak ikut time. Rasionalnye, if kite pump ikut jadual, kite menghantar signal kpd badan dan otak utk produce susu pd masa yg ditetapkan.Dan bile badan dan otak dah terima that signal, badan dan otak akan produce susu pd kadar yg banyak pd waktu yg kite selalu pump tu. That's why it is sooooo important to pump at a regular times kay!*


** be sure to sit in a comfortable chair.*Oh c'mon guys..i've told you this for like 100 times! SELESA is so importante while u're pumping. MAKE SURE u're comfortable enuff during ur pumping session ya...*


** warmth. It's always easy for me to pump after a warm shower (it's
hard to stop from leaking, sometimes!). If not available (e.g. at
work), try warm washcloths on the breasts.*This method akan MELANCARKAN pengaliran susu. Tp sy selalu buat di rumah je. Kat opis jarang, kecuali dlm keadaan2 tertentu...*


** I eventually learned that if I pushed along the sides of my breasts
I could sort of make the milk squirt out and was eventually able to
get 3 oz or so most times after about 15-20 min of work.*This one means u need to massage ur breast before u start ur pumping session. It will also help to make the milk flow smoothly.*


** My suggestion to you would be to rent the Medela electric pump for
awhile. use it at work, if you can, or at least at home so that you
can get the feel for it.*No need to rent la...beli je terusss...hehehe...x leh pakai tol advice saya nie eh! What i means is --> Invest in a good double pump. Nak sewa2 pon mcm x brp nk syok le plak kan...*


** I found that I had to use visualization techniques to let down.
Early, for the first 2-3 months of pumping, I could just visualize my
son when he was a very young baby with his little mouth working away.
As he got bigger, I had to guilt trip myself. I would visualize the
alternative - him drinking formula from a bottle and that would lead
to very large collections - I hate the smell of formula.*POWER OF VISUALIZATION! Anda semua akan rasa betapa hebatnye kuasa visualization ni semasa and mengepam...bkn utk pumping je, malah ianya sgt hebat diaplikasikan dlm HIDUP anda seharian! Percayalah....*


THAT'S ALL FOLKS.... =)!

Petua Banyakkan Susu Badan

Kawan-kawan yg baik budiman.... =)


Entry saya yg ni nak berkongsi tentang petua-petua yg saya amalkan untuk banyakkan susu badan dan Alhamdulillah it works on me...akceli ini adalah ringkasan shj...boleh dikatakan ianya adalah CHECKLIST yg saya amalkan dan mungkin bleh menjadi guidelines kpd kawan-kawan semua. Nah...ni die antara petua-petua & tips-tips yg saya AMALKAN:-


1) DOA
Berdoalah terlebih dahulu sebelum kite nak memulakan sesuatu perkara. Mulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan mohonlah dari ALLAH swt ape yg kite hajati. Sesungguhnya ALLAH swt itu Maha Mendengar permintaan hamba-hambaNya yg betul-betul ikhlas, khusyu' & tawaddhu' memohon sesuatu drpNYA. Jgn abaikan dan lupa pd kuase DOA...anda bleh refer entry ini untuk mengetahui doa-doa yg PATUT dijadikan amalan utk breastfeeding mommies... =)


2) DIRECT FEEDING
This one is very crucial ya...(exception to exclusive expressing mommies who will have to express their breastmilk exclusively and to bottle feed their babies due to some reason). Kerap susukan bayi anda tanpa had masa yg tertentu. Offer your baby to nurse frequently. Remember that ur baby is the most effective pump machine. Tak de breastpump yg boleh tandingi "kehebatan" bayi anda merangsang dan mengeluarkan susu dari payudara. Tindakan menyusukan bayi anda dgn kerap memberi signal kpd badan bahawa lebih banyak susu diperlukan oleh sang bayi. Hasilnya, susu akan keluar mencurah2!

3) PUMPING
Yup! Discussed this for so many times again n again without fail! The need for pumping ur breastmilk out FREQUENTLY is crucial because it'll help to empty ur breast more effectively expecially after u nursed ur baby. Sometimes ur baby might not fully removed the breastmilk because he fall asleep while nursing or he got attracted to something else which made him turned away form ur breast. Then, what u've to do is to get ur breastpump and start pumping for at least 15 minutes for each breast. Dun worry if u're only "air-pumping". The purpose of pumping ur breast after the baby nursed is to STIMULATE ur breast to produce more milk. It is like u're placing an order from ur body and the body will get the message to make MORE milk!!! Ingat ye --> STIMULATION is importante!

4) MASSAGE
Rajin-rajin lah mengurut B anda untuk melancar dan menggalakkan pengeluaran susu. Ade tekniknye nak urut B kite ye..bukan simply-simply urut jer...kene dgn berhemah dan bersopan coz B kite ni mempunyai tisu-tisu yg lembut. Tak leh kasar2...Cara yg biase di suggest, ialah urut perlahan-lahan menggunakan keempat-empat jari (telunjuk, antu, manis & kelingking) dari bawah ketiak perlahan-lahan ke arah puting.Lakukan beberapa kali. Lepas tu, urut secara memutar di sekeliling B anda. Buat beberapa kali gaks. Anda boleh juga gunakan sikat rambut dgn menyikat dr bawah ketiak terus menghala ke arah puting. Dah selesai mengurut atau menyikat, "cup"kan kedua-dua B anda menggunakan kedua-dua belah tangan anda, tundukkan badan kedepan skit and goncang secara perlahan-lahan B anda. Tujuannye juz nak bagi graviti sket pd breast tu... =)!

5) FOODS & DRINKS
Amalkan pemakanan dan minuman yg seimbang. Makan lah ikut pyramid makanan yg di recommended oleh nutrionist. Jangan control makan or berdiet ye! Dun worry about getting fat because mommies yg breastfeed babynye full time tidak mudah jd gemuks.This is because while u nurse ur baby u will burn around 500 chalories per day...

"On average, exclusively nursing mothers burn about 500 calories per day above and beyond the requirement needed to maintain their body weight. And, on average, an exclusively nursing mother transfers 24 ounces of breastmilk to her baby per day. So, a good estimate would be that 20 calories are burned for every ounce of breastmilk produced".(source : askville.amazon.com)

Senang kan? X yah gi joging or kayuh beskal petang2...dok kat umah sambil baring2 pon bleh bakar kalori! Another one, dun take junk food okay. Boleh nak amik sekali sekala...but dalam kuantiti yg sedikit je la and jgn kerap sgt. Sebulan sekali sudah...bleh ke??? =p Saya boleh je...demi anak...sanggupku tinggalkan segala-galanya yg x berpekdah!

6) MILK BOOSTER/SUPPLEMENTAL HERBS
Sebelum decide nak amik booster, make sure item 1, 2, 3, 4 & 5 dah betul2 fulfill ya! Jangan skip terus amik milk booster tanpa mendisiplinkan diri dgn 5 perkara di atas. Tak de makne,x de pekdah, x de macam2 x de la...Milk booster will only contribute 30% kepada peningkatan susu badan. The rest 70% adalah 5 perkara di atas. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara...Hehehe....So,anda pilih. Nak susu bertambah 30% je ke ATAU nak 70% pertambahan ATAUPUN 100% pertambahan dgn mengaplikasikan kesemua petua saya yg cantik nie??? Sila refer entry ini untuk maklumat lanjut mengenai milk booster...

7) SYNTHETIC HORMONE PILLS (PROLACTIN)
Please dapatkan nasihat dan preskripsi drpd doktor sebelum decide nak amik ubat-ubat ni ye :-

a) Domperidone (recommended)
b) Maxolon
c) Metoclopramide (can cause depression)
d) Motilium
e) Raglan (can cause depression)


8) TAWAKKAL
Dah berdoa dan lakukan kesemua perkara di atas, kite sbg Muslimah, bertawakkal lah pd ALLAH swt...kite serahkan segala-galanya kpd ALLAH swt. Pokoknye, rezeki semuanya dtg dari-Nya. Kite sbg hamba, dah doa & berusaha, berserahlah dgn ketentuan yg telah ditetapkan oleh-Nya kpd kite semua....


Mulakanlah sesuatu dengan Bismillah & akhirilah dengan Alhamdulillah... =)

Pumping Schedule at Office

This is my Pumping Schedule during office hours :-

Note:
I'm double-pumping for 20-minutes per session and will make sure that i will pump for every 2-hours or 2 1/2-hours.
~ 1st session --> 9.30 am (6oz to 8.5oz)
~ 2nd session --> 12.00 pm (5oz)

~ 3rd session --> 2.30 pm (4oz)

~ 4th session --> 5.00 pm (6oz)

Hence, total i would be able to collect about 18oz to 21oz (maximum) during work time. Since i'm pumping with hands-free kit, it does not affect my work productivity at all okay! (KPI still achieved/complied with!). Pumping and drafting agreements are now have equal priority...hehehe..


In addition to that, juz to remind all my kawan-kawan...please make sure that u will be pumping for at least 3-times during office hours in order to maintain your milk supply. The decrease of pumping routine will definitely affect the production of ur milk supply...


Due to time constraint, you might have to cut your pumping time to only 10-minutes per session...it is totally fine as long as you stick with your pumping schedule. What is important is the breast milk is being removed for at least 3-hours (longest interval). The frequency of pumping is much more important (even for shorter period like 10-minutes only) rather than pumping for only 1 or 2 times per day even you're pumping for half an hour per session!

The Art of Pumping


Hehehehe..LOVESSSSS this topic damn much...eventho' i'm still in the process of mastering the so-called "art" itself. Why do i call it as an "art"? What is so "art" about it? Hehehe...continue dlm Malay Language la...lagi senang saya nak terangkan...ayat x confident dgn English sniri =)

Cam biase, saya akan terangkan isu nie berdasarkan kepada PEMBACAAN & PENGALAMAN saya sendiri ye...what i've been practised throughout my breastfeeding journey works wonderfully on me...and InsyALLAH on you...

Okay...x perlu berceloteh mak nenek panjang...ni die "Seni Memerah Susu Menggunakan Pump" yg saya maksudkan....

FIRST...
Saya akan khatamkan manual/instruction yg disertakan sekali bersama pembelian breastpump dan baca la bab yg menerangkan tentang panduan pembersihan breastpump. Bab tersebut akan explain in detail camne nak cuci breastpump for the very 1st time kite nak gune...

Biasenye, dalam instruction akan gitau camnie-->"Wash all parts of your pump kit that come into contact with the breast and breastmilk in warm, soapy water". Saya akan gunekan cecair pencuci/liquid cleanser khas utk basuh baby bottle & teat brand Pureen. Lebih CONFIDENT ye... =) Dah settle part nie, untuk pump kits/bottles/teats yang baru 1st time nak gune, saya akan STERILIZE gune sterilizerku yg cute --> Little Bean (ku tempekkan gambarnye di blog ini utk tatapan semua...=p!). Untuk barang2 yg dah pernah digunakan, lps basuh spt care di atas, sy akan bilas dgn air suam yg agak panas...juz to be confident again. Dah settle sume ni, kite gi ke step yg seterusnye!!!

SECOND...
NORMALLY, the instruction will say "Wash hands before touching breasts or bottles and avoid touching the inside of containers or lids."

My practise is i will wash my hands with soap 1st. Saya akan basuh mcm cara yang ditunjukkan kat dalam TV tu! N' keringkan kedua2 tgn saya sblm saya bersihkan sekali lagi tangan saya dengan Dettol Instant Hand Sanitizer...juz to make myself confident...terpulang pd diri masing2 whether nak gune sanitizer or not...

After that, saya akan "air-dry"kan kesemua parts tu td OR lap dengan towel kecik (face towel Danish yg belum gune ye!) supaya all the parts betul2 kering sblm digunekan...pls make sure kering yeh..kalau tak, akan menyebabkan wap2 air masuk ke dalam pump motor melalui tubing and merosakkan pump anda! (For medela FS user, x de masalah back flow camnie...).

THIRD...
Saya akan assemble sume parts elok2 and make sure sume parts di pasang dgn betul kay...

FOURTH...
Duduk dgn seselesa mungkin...make sure u guys dptkan satu posisi yg x menyebabkan anda rase x selesa...sbb ianya akan effect pumping session...kite memerlukan suasana yg tenang dan gembira semasa mengepam ye!

FIFTH...
Stimulate your nipple and massage your breast. Beri rangsangan pd nipple anda dan urutan pada payudara anda..Urutan & Rangsangan nie akan mencetuskan hormon oxytocin. Ini bertujuan utk dapatkan let-down refleks (LDR) yg mane ianya sgt penting utk kite dapatkan amount susu yg banyak. At the same time, stimulation pd nipple ni boleh increase our milk production tau! For me, amalan nie sgt membantu utk dptkn LDR and it helps a lot in increasing my production...x caye cubelah!

SIXTH...
Posisikan puting payudara ke dalam corong flanges/breast shield. Make sure yg nipple betul berada di tengah2 corong untuk mengelakkan ketidakselesaan semasa proses pengepaman berlangsung...

SEVENTH...
Turn on your breastpump. Mulakan dengan suction yg slow n slowly2 increase kpd suction yg lebih tinggi..Jgn terus2 gune suction yg kuat. Suction yg terlalu kuat tak semestinye akan mengeluarkan lebih banyak susu malah akan menyebabkan tisu payudara rosak. Adjust kekuatan suction pada level yg selesa n tidak menyakitkan...Remember, pumping is not supposed to be painful...but ENJOYABLE! =)

Kalau wat single-pumping, pump selama 10-20 minit untuk sebelah breast. Depend pada individu itu sendiri. Contohnye, 20-min sebelah kanan & 20-min sebelah kiri...(saya sendiri perlukan 20-min utk betul2 kosongkan breast sebelum berhenti mengepam).

Kalau wat double-pumping, on kan je pump selama 20-min & stop bile susu dah x kuar lagi.

Ade satu lagi teknik yg saya dapat dari pembacaan saya. Anda pump selama 7-8 minit and stop. Rehat selama 2 minit. Kemudian on kan semula pump anda selama 8-10 minit. Rasionalnye kite stop selama 2 minit tadi adalah untuk memberi masa kepada breast kite utk rest sebentar and reset. Bile anda mulakan semula sesi mengepam anda akan dapat LDR sekali lagi dgn teknik ini!


Please take note:
Double-pumping will cut the pumping time to half as compared to single-pumping. Furthermore, it will also help to increase milk production because the breast is being emptied effectively simultaneously.

EIGHT....
Yg paling BEEESSSSST sekali ttg "art of pumping" nie...nie yg saya nak cerita kat sini...kuasa ALLAH swt mmg x de sape yg bleh challenge...TENGOK LAH GAMBAR BAYI ANDA SEMASA MENGEPAM...it really work wonders on me! Bile tgk gambar Danish je, trus dapat let-down and tibe2 susu kuar mencurah-curah..SUBHANALLAH...x percaya? Cube lah sniri...kalau x de gambar, bleh dengar rakaman suare bayi atau tgk video bayi anda sambil pumping...bayangkan saat2 indah bayi anda menyusu...

And lastly, masa mengepam jangan stress or nak cepat siap je..kena bertenang, selesa and gumbira...percaya atau tidak...susu anda akan keluar dgn gumbiranya jugak...hehehe...


p/s:
i like the fact that since dapat title Mommy ni, saya jadi seorang positive thinker and tdk hot-tempered mcm dulu... =)

SELAMAT MENCUBA! =)

Pumping practise during confinement (Pam waktu berpantang)





Kali ini saya nak bercerita bagaimana saya berlatih bertatih-tatih memerah susu semasa tempoh berpantang di rumah emak saya di kampung....(untuk pengetahuan semua, saya mulakan latihan ini selepas 30 hari berpantang ye...)

Okay...antara sebab2 kite memerah di waktu berpantang adalah : -


1) Breast engorgement - pump untuk melegakan "B" yg membengkak


2) Bekalan sementara - Mungkin ada waktu-waktu yg kite terpaksa keluar dan meninggalkan bayi di rumah. So, kite boleh pump and tinggalkan susu perahan for our baby's consumption.


3) Stock EBM - pump utk mengumpul stok susu perahan sebagai persediaan sebelum kembali bekerja.


Cara-cara pump semasa tempoh berpantang pula adalah : -


1) Tandem pumping - sebelah payudara bagi baby nyusu, sebelah lagi pump dan dilakukan simultaneously ye..


2) Pump selepas menyusukan baby - Jangan risau & kecewa jika kite pump time ni susu x keluar or keluar titik-titik shj...mmg kdg2 kite hanya "air-pumping" instead of "milk-pumping"... Tujuan pump selepas baby menyusu ialah untuk stimulate breast and memberi signal pd body kite bahawa ada demand. Bile demand tinggi, supply pasti bertambah!


Peringatan ye...jangan beranggapan yg bile kite pump sebelum baby di susukan, nanti bile nak susukan baby susu dah takde. Tanggapan ni sangat lah SALAH ye! Percaya lah...even selepas kite pump and directly after that baby nak nyusu, susu kite still ade utk baby minum...susu kite x pernah x de...malah sentiasa dihasilkan! Tu la keajaiban yg ALLAH swt dah jadikan...


Okie...ni die jadual latihan mengepam saya semasa berpantang :-


(1) PERMULAAN...(12.30 P.M - 1.00 P.M.)
Saya mulakan latihan memerah pada waktu tengahari sebab sy dah dpt detect time baby saya tidur agak lama iaitu pd waktu thgari..so, sy start around 12.30 p.m. - 1.00 p.m.. Berjaya dilakukan lebih kurang 4-5 kali seminggu..bergantung pada bayi saya..kalau bayi saya terjaga dari tidurnye, kire "burn" la sesi latihan ni...Lg satu, pd waktu nie, saya dah settlekan sume bnda yg patut pd waktu pagi --> bertungku, mandikan and susukan baby & tidurkan die.


Rasionalnye berlatih utk mengepam pd waktu ini ialah...
Biasenye waktu begini adalah waktu lunch hour di ofis. So, sebaik-baiknye kite mengepam pd waktu lunch supaya kite x perlu curi terlalu byk mase bekerja..nanti effect work production lak...Boleh pegi beli lunch terlebih dahulu dan bawa ke tempat anda dan makan sejurus selepas mengepam atau sebelum mulakan sesi mengepam.


(2) SETERUSNYE...(4.00 P.M. - 4.30 P.M.)
Bile sy dah dpt pumping rhythm di waktu tghari, sy cube tambahkan sesi di waktu petang di antara pukul 4.00 p.m. - 4.30 p.m.. Time ni baby saya suka tido balik selepas disusukan. Saya make sure yg bayi saya dah di susukan kenyang-kenyang supaya die boleh tidur semula. Bila die dah tido, saya pon menjalankan projek saya...hehehe...


Rasional amik time ni utk berlatih ialah...
Di pejabat, waktu2 camni, kite dah a bit relax and because kerja2 pon dah banyak settle. (Mcm saya kalau pagi2 tu file2 agreement membukit dah tinggal 2-3 je lg nak di hadap...) Time ni kite dah nak menunaikan solat Asar pun...so, terpulang la nak pump b4 or after solat Asar ye...


(3) LASTLY...(9.30 A.M. - 10.00 A.M.)
Bile dah dah dapat rhythm mengepam pd kedua-dua waktu di atas, saya tambahkan lagi satu sesi mengepam di waktu pagi pd pukul 9.30 a.m. - 10.00 a.m.. Time ni baby saya baru je settle mandi dan nyusu. Sementara emak saya dok tidorkan cucu die, saya pon mintak xcuse utk melaksanakan projek saya...


Rasionalisasi mengepam di waktu begini ialah...
Bile dah mule bekerja, jadikan waktu ini sbg 1st pumping session anda. Sebabnye, kalau kite mulakan mengepam semasa tengahari, kite telah membiarkan "B" kite tidak di perah terlalu lama. Misal kate, kite keluar bekerja pukul 7.30 pg. Right before going out to work, kite susukan baby. Jadi, dari pukul 7.30 pg ke pukul 12.00 tghari, "B" kite tdk di perah selama hampir 5 jam!!! This is a big NO-NO ye...JANGAN BIARKAN PAYUDARA ANDA TIDAK DI PUMP/PERAH LEBIH DR 3 JAM. Jika kite biasakan rutin sebegini, dlm jangka masa yg panjang akan menyebabkan susu kite berkurengan...


NOTA KAKI :-

Please be reminded ye kawan-kawan, tak kire brp amount susu yg kite dpt pump/perah semasa tempoh berpantang, even kite cume dpt 0.5oz to 2oz per session, adalah dikire NORMAL. Jgn pressure lak bile tengok susu yg keluar sikit sgt...ianya adalah NORMAL. Reasonnye, baby sentiasa bersama kite dan sentiasa menyusu. Jd, susu yg banyak2 tu baby dah consumed.


Tujuan kite berlatih megepam/memerah semasa berpantang adalah utk membiasakan diri kite (supaya x kelam kabut bile kembali bekerja) DAN utk memberi signal kpd bdn kite utk menghasilkan susu pd waktu2 yg kite dah praktikkan tu. So, pd waktu2 tersebut la susu akan terhasil pd thp maximum. Body kite akan ikut jadual seperti yg kite dah arranged mase pantang...


Dan jika kite sedang mengepam/memerah susu tibe2 si kecik tu jaga nak nyusu, time ni ambillah kesempatan utk praktis tandem pumping. Ataupun, jika masih belum bersedia lg nak wat tandem pumping, bleh berhenti pump/perah dan susukan baby dulu. Don't worry...susu kite sentiasa akan ada dan dihasilkan...


SELAMAT BERLATIH MENGEPAM YE.... =)
Ain guna Freestyle...
mcm kat dlm gmbrbawah..sorry tak letak gambar sendiri!


Sunday, May 2, 2010

MBFPC


Alhamdulillah...
Have successfully graduated with MBFPC training at Kuantan Pahang.
What is it?
"
Breastfeeding Peer Counselors are experienced mothers who have breastfed their children and are willing to support others to do the same.
Under the guidance of the Program Coordinator, Breastfeeding Peer Counselors provide Breastfeeding support, guidance, and assistance to women during their prenatal as well as post-natal period, either through one-on-one and/or telephone contacts, which are based on upon their identified needs."

So, any friend that having any problem, can refer to me, as I am willing to help you as much as I could.
The breastfeeding peer counselor program, operated through local health departments, provides one-on-one counseling, information and round-the-clock guidance for mothers new to breastfeeding.
For more information about this program, please go to http://malaysianbfpc.org/