Pages

Wednesday, November 24, 2010

CERAMAH/SGM MEETING

DEAR FRIENDS...
ALHAMDULILLAH...
AKHIRNYA, OFFICIALLY NAK ANNOUNCE, KITA PUNYE SGM:

DATE: 4/12/2010
TIME: 10.00-1.00TGHARI
VENUE: DEWAN FTKEA, TATIUC

Berpeluh ain ke sana ke mari mengedarkan pamplet.
Harap2 berjaya..
Bagi yang sudi membantu, boleh email ain admin@qasehbonda.com!

Wednesday, November 10, 2010

Kenapa susu badan sedikit?

Berbual dengan kawan sekerja, mengapa anak dia disupplementkan dengan susu formula..
alasannya susu badan isterinya sikit, anak asyik menangis. bila diberi susu botol, anak akn terdiam & akan tidur..
Hmm..
Ain tanya isterinya kerja apa, jawabnya cikgu. Ain rasa mesti dah tahu awareness ttg susuibu, cuma perlu penerapan yg lebih efektif.
ain pon explain la skit2..
Lagi satu kes, kawan ain, mengadu bile pam aje, hanya dpt 1oz..padahal pakai FS (fuyyo!) & pam 30-40min per sessi- tapi bila aintanya, brp sesi buat sehari? jawabnya 1 jer..hurmmm.. :)

WOOoo..sedih kalau kita berniat nak menyusukan anak kita tp susu tak banyak. Stress kalau sudah bersiap sedia nak pump tp hasilnya amat sedikit. Sedikit info kenapa ia terjadi.
  1. Kenapa susu badan sikit atau production merudum?
  2. Sesi perahan yang tidak konsisten,
  3. Pengambilan air yang tidak seimbang dan selari dengan pemakanan,
  4. Keletihan melampau, mood atau emosi yang tidak stabil,
  5. Badan kekurangan nutrien penting dalam penghasilan susu seperti protien dan kalsium terutamanya dan beberapa faktor lain yang menyumbang ke arah ini.

JAWAPAN AIN YG UTAMA: kurang rangsangan, kurang la hasil!


Pam sekali sehari, kadang2 tak sempat.

Kadang2 breast tak bengkak pun so dia tak pam.

Kerja balik malam, lepas tu buat kerja rumah

Stress dengan kerja dan rumahtangga

Selalu skip dinner sebab dah lambat sampai rumah

Katanya kawan ain, dia dah cuba minum teh untuk ibu menyusu yang katanya boleh tambahkan susu, ambil milk booster pil, minum rebusan longan kering, tapi masih tak ada kesan.
Saya katakan padanya, ada beberapa kesalahan yang dia kena ambil perhatian:

JANGAN TUNGGU BREAST BENGKAK BARU PAM.

Aktiviti mengepam itu sebenarnya yang merangsang susu, pam tu bukan semata2 untuk keluarkan susu, tapi mengepam yang efisyen akan merangsang pengeluaran susu. Menunggu breast bengkak baru menyusu/mengepam adalah satu langkah bunuh diri kerana ia akan menghantar signal ke otak bahawa ‘tiada rangsangan, jadi tiada susu perlu dihasilkan’. Itulah sebabnya susu makin sikit.
Susu badan tidak dirangsang oleh pemakanan sebaliknya rangsangan yang kita beri. Mesti kena banyakkan direct feeding dan pam sekerap mungkin.
Jangan skip makan. Walaupun tak menyusu, kita mesti makan ikut waktu.
Saya nak cakap tentang stress.
Stress adalah satu benda yang biasa dalam hidup kita sekarang ni.
Semasa sedang sakit untuk melahirkan anak,ibu2 biasanya mengalami stress yang tinggi. Tanya lah mana2 ibu, bersalin tu memang stress, hinggakan Maryam pun mampu menggoncang batang kurma semasa nak lahirkan Nabi Isa. Semasa kita stress, hormon kortisol dan norepinephrine dalam badan kita menjadi tinggi. Hormon2 inilah yang menyebabkan kita stress. Lepas tu, bila bayi dah lahir, hormon oxytocin akan merembes keluar. Kerana itulah selepas saja baby keluar, kita akan rasa happy, hilang semua sakit kerana hormon oxytocin ni menenggelamkan fungsi hormon2 penyebab stress tadi.
Oxytocin ni penting dalam penghasilan susu ibu kerana ia menyebabkan let down, atau ‘keluarnya’ susu dari breast. Jadi, kaitan stress dengan breastfeeding ni, bila stress, hormon cortisol dan norepinephrine menjadi tinggi dan menghalang fungsi oxytocin. Tak hairanlah apabila stress, susu ibu menjadi kurang berbanding di saat ibu gembira.
Selain itu stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit kerana ia meninggikan adrenalin dalam darah sekaligus menaikkan paras glukos dalam darah.

Jom kita tengok masalah satu persatu.

1.Susu tiada bila diperah sama ada menggunakan tangan atau pam susu
Sebenarnya, jumlah susu yang dapat dipam tidak menggambarkan susu sebenar yang dapat badan kita hasilkan. Berapa oz susu yang boleh dikeluarkan dengan pam itu bergantung kepada keberkesanan pam tersebut, keadaan pam yang baik atau tidak, tisu payudara si ibu dan keselesaan semasa mengepam.
Setiap ibu mempunyai keupayaan yang berbeza untuk mengeluarkan susu badan. Ada orang susunya memang senang keluar, tak buat apa-apa pun terpancut2. Ada orang susunya tak semudah itu. Kerana itu ada ibu yang boleh survive dengan pam susu berharga RM10 tapi ada ibu yang memerlukan pam susu berharga beribu-ibu ringgit.
Sekiranya ibu menggunakan tangan, ia juga bergantung kepada sejauh mana kepakaran/skill si ibu dalam hands expressing.
Sekiranya susu yang dipam tidak banyak, kemungkinan ia bukan disebabkan oleh susu badan yang tidak banyak, sebaliknya masalah pam susu, kurang skill mengepam dan hal2 yang tidak berkaitan dengan susu badan kurang.

2. Payudara lembik
Semasa di dalam pantang anak pertama, biasanya ibu mengalami bengkak susu yang ketara, namun ia semakin kurang apabila anak meningkat usia, dan adakalanya tidak mengalami bengkak susu setelah melahirkan anak berikutnya.
Ini adalah kerana semasa kali pertama menyusu, payudara masih dalam peringat ‘belajar mengenal waktu bayi menyusu’ jadi ia akan menghasilkan susu yang banyak bagi menampung keperluan bayi yang tidak tentu masa. Namun apabila bayi sudah ada waktu menyusu tersendiri, payudara dah belajar tentang rutin tersebut, dan ia tidak lagi full bloom sepanjang masa.Lebih2 lagi jika ibu bekerja, kerana kurangnya stimulasi pada waktu siang.

3. Ibu tidak mengalami ’susu bocor’
Sesetengah ibu sentiasa perlu memakai breastpad untuk menampung susu yang sentiasa keluar. Ada ibu yang susu tidak langsung meleleh. Ia tidak memberi makna susu ibu yang meleleh2 itu adalah mempunyai susu yang banyak sampai melimpah tak muat breast. Kebocoran ni disebabkan oleh tindakan otot pada puting susu. Setiap ibu mempunyai keupayaan otot yang berbeza, jadi tahap kebocoran juga tidak sama antara satu sama lain.

4. Tidak mengalami engorgement atau bengkak susu
Bila ibu masih lagi menyusukan anaknya secara terus (direct feeding), kadangkala keupayaan menghisap si bayi dengan mudah mengosongkan payudara. Ini adalah petanda yang bagus kerana lebih banyak susu bakal dihasilkan.

5. Tidak mengalami let-down reflex
Let down reflex ialah bila puting tiba2 mengeluarkan susu, dan membuatkan si ibu berasa seperti dicucuk2 di bahagian payudaranya.
Tidak semua orang mengalaminya. Ada ibu mengalami reflex ini setiap kali teringatkan bayinya. Ada orang, tidak. Tapi ia tidak menunjukkan ibu yang tidak mengalami ejection reflex ini mempunyai masalah kekurangan susu.
Silap interpretasi ini menyebabkan ramai ibu yang terus menukar keputusan dari exclusive breastfeeding kepada pemberian susu formula, oleh kerana mereka tidak yakin bayi mendapat cukup susu dengan susu badan mereka. Kita akan bincangkan tentang ini di lain entry.

Inilah antara punca yang saya rasa boleh membantu dalam mengurangkan penghasilan susu badan kita. Oleh itu, cuba kenalpasti terlebih dahulu apakah punca yang membuatkan susu kita kurang. Bila dah kenal pasti, baru boleh kita fikirkan solution dia. Betul tak?
Jadi, bagaimana nak meningkatkan penghasilan susu badan?

Monday, November 1, 2010

Perbandingan khasiat susu ibu dan susu formula


Susu ibu mempunyai lebih banyak khasiat yang bayi perlukan!

“TERLALU sikit, puas cuba beri anak susu badan tetapi dia macam tak puas, asyik menangis saja. Akhirnya saya dan suami mengalah, berikan Aina susu formula. Lebih senang, terutama bagi saya yang kerap bertugas di luar daerah. Kalau dipaksa beri, payudara saya yang terasa sakit.
“Kawan cerita, mereka tidak cukup tidur malam kerana terlalu kerap bangun menyusukan anak,” kata seorang wanita ketika menunggu giliran untuk pemeriksaan bulanan kehamilan.
Terpaksa bangun malam menyusukan anak? Letih dan mengantuk pada siang hari? Ia bukan masalah, sebaliknya itulah keistimewaan menjadi ibu, kata Sheemi Mayanti Abdul Jalil, 29, yang menyusukan anak sulungnya secara eksklusif selama enam bulan.
Kini dia masih meninggalkan bekalan susu badan (yang dipam setiap hari) walaupun anaknya berumur 17 bulan. Tiada susu formula untuk si kecil kerana Sheemi percaya susu ibu jauh lebih baik daripada susu formula paling mahal di pasaran.
Jika hendak bercerita kebaikan, semua wanita terutama yang bergelar ibu, sudah tahu. Malah maklumat mengenai manfaat dan kebaikan susu ibu berlambak di Internet dan saban tahun dipaparkan di semua media setiap kali menjelang Minggu Penyusuan Badan bermula hari ini hingga Sabtu depan (7 Ogos). Manfaat memberi susu badan akan dinikmati ibu dan anak.
Bagi anak, dia mendapat semua khasiat diperlukan sesuai dengan umurnya. Susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi dan tiada susu formula yang mampu menyaingi kehebatan susu ini kerana ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
Ia juga membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Bayi yang diberi susu badan juga menunjukkan perkembangan psikomotor (hubungan antara otot dan otak) dan emosi lebih baik.
Bayi yang diberi susu badan kurang mengalami masalah alahan berbanding bayi yang membesar dengan susu formula. Penyusuan badan juga sebenarnya merangsang pembentukan rahang bayi dan mengurangkan masalah gigi berlubang.
Tahukah anda, susu formula mengandungi gula walaupun rasanya tidak manis, dan ini sebabnya kebanyakan kanak-kanak yang diberi susu formula, terutama sejurus sebelum tidur, mempunyai masalah gigi reput dan berlubang.
Itu sebahagian daripada manfaat untuk bayi. Pada ibu, penyusuan badan mempercepatkan penyembuhan luka dan pengecutan rahim supaya kembali ke saiz asal serta menghentikan pendarahan selepas bersalin, kata Penasihat Penyusuan Badan Hospital Assunta, Sister Vara Letchime.
“Ia membentuk ikatan perasaan antara ibu dan anak, mengurangkan risiko berlakunya kemurungan selepas bersalin atau meroyan. Memang kebanyakan wanita berasa sedih selama beberapa hari selepas bersalin. Ia perkara biasa, tetapi kesedihan ini hilang perlahan-lahan apabila ibu menyusukan bayi mereka.
“Memberi susu badan sebenarnya memberi lebih kebebasan untuk anda pergi berjalan dan tidak perlu bimbang kehabisan stok kerana ia ada di badan anda.
“Selagi anda mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat, anda menghasilkan susu yang baik untuk anak. Uniknya komponen susu badan ini berubah-ubah mengikut pertambahan usia anak,” katanya.
Penyusuan badan juga memberi perlindungan tambahan kepada ibu kerana ia mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari — dua jenis kanser wanita paling ditakuti.
Kanser payudara memberi banyak kesan kepada penampilan dan psikologi seseorang wanita manakala kanser ovari dikelaskan sebagai kanser paling teruk kerana ia sukar dikesan.
Satu perkara penting yang perlu anda ketahui ialah penyusuan badan adalah cara terbaik untuk menurunkan berat berlebihan yang anda ‘kumpul’ sepanjang tempoh kehamilan.
Kajian mendapati setiap kali anda menyusukan bayi, kira-kira 500 kalori hilang tanpa perlu bersusah payah bersenam. Pada keadaan biasa kita perlu berlari atau naik tangga selama 64 minit; joging atau berbasikal (72 minit); senaman aerobik (90 minit) atau dua jam berbasikal untuk membakar kalori sebanyak itu.
Susu terlalu sikit?Menurut Vara, isu ketiadaan susu atau susu badan terlalu sedikit hanya mainan psikologi. Setiap wanita yang melahirkan anak dianugerahkan Tuhan dengan makanan untuk bayi (susu).
Pengeluaran susu badan berlandaskan konsep ada permintaan, baru ada penghasilan. Maknanya jika bayi tidak diberi susu badan, penghasilan susu berkurangan dan berhenti selepas satu tempoh tertentu.
“Ramai wanita anggap kemahiran menyusukan bayi datang secara semula jadi selepas melahirkan anak. Kemahiran ini perlu dipelajari; baru anda dapat menyusukan bayi dengan baik dan ia secara tidak langsung menggalakkan penghasilan susu badan,” katanya.
Apa perlu dilakukan? Teruskan penyusuan walaupun anda berasakan susu yang keluar sangat sedikit. Bayi anda bijak, dia akan hisap susu dan berhenti apabila terasa kenyang; tidak akan tahu berapa banyak susu masuk ke dalam perutnya. Kuantiti yang anda rasakan ‘sedikit’ itu mungkin cukup untuknya untuk sekali susuan.
Pada awalnya susu yang keluar memang sedikit. Teruskan memberi rangsangan (menyusu bayi dengan betul); pengeluaran susu akan lebih tetap selepas tiga hari melahirkan anak.
Beberapa faktor boleh mempengaruhi pengeluaran susu seperti kurang rangsangan, cemas dan bimbang, merokok, minum minuman beralkohol, kurang keyakinan serta tidak mendapat sokongan, khususnya daripada suami dan ahli keluarga, untuk menyusukan bayi.
Ada yang bertanya adakah makanan khusus yang boleh meningkatkan penghasilan susu badan? Tiada. Yang perlu dilakukan hanya mengamalkan pemakanan seimbang dan banyakkan minum air; sekurang-kurangnya satu hingga satu setengah liter sehari.
“Wanita yang menyusukan anak memerlukan lebih kalori (300 hingga 500 kalori) berbanding wanita lain. Cara mendapatkannya ialah makan kerap iaitu lima hingga enam kali sehari dan lebihkan pengambilan protein.
“Larangan makan ayam kerana takut gatal, terutama bagi wanita yang bersalin melalui pembedahan, sebenarnya tidak praktikal kerana ayam mengandungi protein yang sangat diperlukan untuk penyembuhan luka. Kalau tidak mahu makan ayam, kena ganti dengan sumber protein lain.
“Susu yang dirumus untuk ibu juga baik bagi membantu wanita mendapat kalori harian secukupnya kerana ia biasanya mengandungi vitamin D, asid folik dan mineral. Ramai bertanya mengenai makanan yang perlu dielak ketika menyusukan bayi.
“Tiada kaedah khusus untuk menentukannya, ia diketahui melalui kaedah cuba – kalau nampak bayi tidak selesa, periksa balik apa makanan yang anda ambil,” kata Perunding Pemakanan, Siti Wahida Mhd Halil.
Bagaimanapun, Siti Wahida mengingatkan wanita supaya tidak mengambil ubat atau persediaan herba sebelum atau selepas bersalin kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak pendarahan ketika bersalin secara normal atau pembedahan. Pengambilan persediaan herba ini dibenarkan enam minggu selepas bersalin.
Cara meningkatkan pengeluaran susu:> Letakkan bayi dekat pada payudara
> Jangan berikan puting getah pada bayi, kerana ia boleh mengelirukannya dan mengurangkan masa menghisap susu badan
> Galakkan bayi menyusu sekerap mungkin. Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu akan dihasilkan
> Penghasilan susu berlandaskan konsep ada permintaan, ada bekalan
> Jangan hadkan kekerapan menyusukan anak
> Beri susu dari kedua-dua belah payudara. Jangan tertumpu pada sebelah saja supaya penghasilan susu setara
> Rehat sebanyak mungkin dan bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu
> Jangan berasa terpaksa menyusukan anak dan tidak sabar menunggu anak habis menyusu. Beri masa kepada anak dan diri sendiri kerana ia proses belajar untuk anda berdua
Cara penyusuan yang betul> Letak bayi pada posisi selesa (sama ada anda berbaring mengiring) atau duduk dengan memangkunya
> Pastikan kedudukan anda juga selesa
> Sentuh mulut bayi dengan puting anda sehingga dia membuka mulutnya. Dekatkan bayi ke dada dan pastikan puting serta bahagian areola masuk sepenuhnya dalam mulut bayi
> Jika bayi atau ibu nampak tidak selesa, tarik puting daripada mulut bayi dan mulakan semula
> Susukan bayi hingga dia kenyang iaitu sehingga bayi melepaskan puting ibu secara spontan
> Selepas selesai penyusuan di sebelah payudara, beri bayi susu daripada payudara sebelah lagi
> Tanda penyusuan betul ialah apabila mulut bayi terbuka luas, dagunya menyentuh payudara ibu, bibir bawah dalam keadaan normal (tidak terlipat ke dalam mulut) dan anda boleh lihat tindak balas ketika menyusu
Masalah biasa penyusuan badanAntara masalah yang sering dialami wanita ialah payudara bengkak kerana banyak susu. Cara mengurangkan bengkak ialah dengan menyusukan bayi dengan kerap dan mengepam susu (supaya ia boleh disimpan dan diberi kepada anak kemudian).
Jika bengkak masih tidak hilang, tuam payudara dengan tuala yang direndam dalam air hangat (elak terkena puting dan areola iaitu bahagian berwarna gelap sekeliling puting). Ulang beberapa kali sehingga rasa sakit dan bengkak berkurangan. Anda juga boleh mengurut payudara perlahan-lahan ke arah puting untuk merangsang aliran susu.
Pada masa sama wanita kerap menghadapi masalah puting terasa sakit dan pedih. Ia mungkin disebabkan beberapa perkara seperti:
> Kaedah penyusuan yang tidak betul
> Keradangan akibat fabrik pakaian
> Menarik bayi menjauhi payudara ketika mulutnya masih tertutup — tindakan ini boleh menyebabkan geseran kuat pada puting
Cara mengatasi:> Belajar cara penyusuan yang betul. Pastikan puting dan bahagian areola masuk ke dalam mulut bayi. Cara betul untuk menarik payudara daripada bayi anda ialah dengan menekan dagu bayi perlahan-lahan supaya mulutnya terbuka. Kaedah ini dapat mengurangkan geseran pada puting
> Mulakan penyusuan di belah payudara yang tidak sakit kerana pada ketika ini daya sedutan dari mulut bayi anda lebih kuat
> Tuam tuala panas di sekeliling payudara sebelum memulakan penyusuan untuk merangsang pengeluaran susu
> Sapukan sedikit susu pada payudara anda terutama di bahagian areola untuk melicinkan dan melegakan tisu
> Sapukan krim jika perlu (selepas penyusuan) Bila susu perlu dipam? Menurut Vara, ia boleh dilakukan dalam beberapa keadaan seperti bayi tidak cukup matang untuk menghisap susu atau memerlukan susu anda (contohnya kes bayi lahir tidak cukup bulan); payudara menjadi bengkak dan ibu bercadang kembali bekerja.
“Wanita yang hendak kembali bekerja disaran memerah susu dua minggu lebih awal untuk membiasakan bayi menerima susu dari botol. Pada suhu bilik, susu diperah boleh bertahan sehingga lapan jam dan 24 hingga 48 jam jika disimpan dalam peti sejuk bahagian bawah.
“Susu boleh tahan hingga tiga bulan jika disimpan di bahagian dingin beku (bagi peti sejuk dua pintu). Pastikan susu ini tidak diletakkan di bahagian pintu kerana suhu berubah setiap kali ia dibuka.
“Ketika di tempat kerja, pam susu anda beberapa kali sehari mengikut keperluan. Lakukan juga pada waktu malam sebelum tidur supaya bayi anda mempunyai bekalan susu yang cukup ketika anda tiada di rumah.
“Pada hujung minggu pun kalau boleh pam juga susu, untuk memastikan bekalan susu sentiasa ada. Ini yang saya lakukan sehingga anak berusia lebih setahun.
“Saya tidak pernah beri anak susu formula kerana yang lebih baik sudah ada, lagi pun ia percuma. Dalam hal penjagaan anak, terutama penyusuan dan pemakanan, saya memang ikut buku.
“Malah ayah dan suami adalah orang paling sibuk memastikan si kecil mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya,” kata Sheemi yang masih mengekalkan bentuk badan seperti ketika anak dara dulu.